Utusan Borneo (Sabah)

Mexico sahkan tempat ke Piala Dunia

-

US tewas mengejut kepada Costa Rica

KOTA MEXICO, Mexico: Mexico menjadi pasukan kelima yang mengesahka­n tempat ke Piala Dunia 2018 tetapi Amerika Syarikat (AS) tewas mengejut di tempat sendiri kepada Costa Rica, sekali gus menjejaska­n kempen kelayakan mereka Jumaat lepas.

Tandukan Hirving Lozano pada minit ke-53 sudah memadai buat Mexico untuk menewaskan Panama 1-0 di Stadium Azteca dan layak ke Piala Dunia buat kali ketujuh berturut-turut.

Mexico menyertai Brazil, Jepun dan Iran, selain Rusia yang merupakan pasukan tuan rumah ke Piala Dunia 2018.

Kemenangan juga menyaksika­n Mexico mendahului kumpulan kelayakan terakhir yang melibatkan enam pasukan Zon CONCACAF, dengan 17 mata dari enam perlawanan.

Ia bermakna mereka dijamin salah satu slot automatik ke Piala Dunia – dengan dua lagi slot menjadi rebutan.

Tetapi ketika Mexico meraikan kelayakan ke Rusia, musuh ketat, AS, kini perlu berusaha lebih kuat lagi selepas kedudukan mereka menjadi sukar dengan kekalahan 02 kepada Costa Rica pada perlawanan di New Jersey.

Kemenangan membolehka­n Costa Rica melonjak ke tangga kedua dengan 14 mata, sementara AS masih mengekalka­n tempat ketiga dengan lapan mata dari tujuh perlawanan.

AS bagaimanap­un berkongsi mata dengan Honduras, lawan AS minggu hadapan dalam apa yang merupakan perlawanan sengit di antara kedua-dua negara.

Marco Urena menjadi wira

Kami perlu menganalis­is perlawanan ini dan membuat persediaan yang lebih seterusnya.” baik untuk perlawanan

Costa Rica pada perlawanan berlangsun­g di Red Bull Arena, di mana sejumlah besar penyokong mereka membanjiri stadium yang boleh memuatkan 25,000 tempat duduk, menyebabka­n perlawanan itu seperti perlawanan di gelanggang lawan buat AS.

Urena menjaringk­an dua gol untuk memastikan Costa Rica mencatatka­n kemenangan pertama dalam kempen kelayakan Piala Dunia di AS sejak 1985.

Urena mengambil sepenuh kesempatan dari kealpaan benteng pertahanan AS untuk membuka jaringan pada minit ke-30 dan sekali lagi menghukum kesilapan benteng pertahanan lapan minit sebelum tamat permainan.

Kekalahan – yang pertama pada perlawanan kompetetif buat jurulatih AS, Bruce Arena sejak mengambil alih pasukan tahun lepas – menyebabka­n kempen AS ke Rusia belum terjamin.

Arena harus mengubah prestasi pasukan untuk perlawanan menentang Honduras minggu hadapan.

“Kami perlu menganalis­is perlawanan ini dan membuat persediaan yang lebih baik untuk perlawanan seterusnya,” kata Arena.

“Tetapi apa yang jelas, malam ini benar-benar mengecewak­an. Hidup bagaimanap­un harus diteruskan. Ia adalah cara anda menanganin­ya. Anda tidak dapat menang semua perlawanan.

“Malam ini bukan malam kami. Kami tidak bermain dengan baik tetapi kami masih ada baki tiga perlawanan lagi dan kami masih berada di kedudukan untuk layak ke Piala Dunia.”

Pada perlawanan lain, Honduras menewaskan Trinidad dan Tobago 2-1. – AFP

BRUCE ARENA Jurulatih AS

 ??  ?? PEMAIN-pemain Mexico meraikan jaringan buat pasukan mereka. -Gambar Reuters
PEMAIN-pemain Mexico meraikan jaringan buat pasukan mereka. -Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia