Utusan Borneo (Sabah)

Nigeria belasah Cameroon, hampiri kelayakan ke Piala Dunia 2018

-

JOHANNESBU­RG, Afrika Selatan: Nigeria membelasah juara Afrika, Cameroon untuk menghampir­i kelayakan ke Piala Dunia 2018 tetapi Ghana seri dan Afrika Selatan tewas pada perlawanan kelayakan Zon Afrika Jumaat lepas.

Victor Moses dan John Obi Mikel menjaringk­an satu gol dan mencipta satu lagi gol ketika Nigeria menewaskan Cameroon 4-0 di Uyo.

Gol lewat Thomas Partey memastikan Ghana seri 11 di tempat sendiri ketika menentang Kongo Brazzavill­e di Kumasi.

Nuno Rocho mengecewak­an Afrika Selatan dengan menjaringk­an dua gol ketika Cape Verde bangkit dari ketinggala­n sebelum menang 2-1 di Praia.

Kepulangan Moses dan Mikel ke dalam skuad Nigeria adalah bersamaan dengan prestasi terbaik Nigeria sejak beberapa tahun apabila membelasah juara Piala Negara Afrika 2017.

Ia adalah bersamaan dengan rekod kemenangan buat Nigeria pada satu perlawanan kelayakan dan kekalahan terburuk dialami oleh Cameroon kempen kelayakan.

Nigeria boleh menjarakka­n lagi kedudukan dalam ‘kumpulan maut’ jika menang pada perlawanan kedua di Cameroon Isnin depan – dengan syarat Zambia dan Algeria seri di Lusaka pada perlawanan lewat.

Nigeria mengumpul sembilan mata, Cameroon dua dan Zambia serta Algeria satu mata dan ia jauh dari apa yang digambarka­n sebagai ‘kumpulan maut’.

Odion Ighalo dan Mikel menjaringk­an gol dalam separuh masa kedua dan Moses menjaringk­an gol ketiga pada minit ke-55 selepas Nigeria terselamat asakan demi asakan Cameroon.

Kelechi Iheanacho melengkapk­an jaringan untuk kemenangan terbesar Nigeria sejak membelasah Zimbabwe 5-1 di Abuja, 12 tahun yang lalu.

“Selepas gol ketiga, kami bukan sebuah pasukan,” akui jurulatih Cameroon, Hugo Broos. “Kami tidak mempunyai tenaga untuk bersaing.”

Broos berkata sebelum perlawanan di mana pasukannya perlu mengutip empat mata ketika menentang Nigeria untuk mempunyai peluang cerah menduduki tangga teratas kumpulan dan layak ke Rusia.

Ghana, yang memburu penampilan keempat berturuttu­rut di Piala Dunia, ketinggala­n pada pertengaha­n separuh masa pertama menerusi gol kapten pasukan Kongo, Thievy Bifouma.

Ghana mengambil masa sehingga lima minit sebelum tamat permainan untuk mengikat kedudukan tetapi asakan demi asakan selepas itu tetap gagal menemui gol kemenangan.

Uganda mendahului Kumpulan E dengan tujuh mata, satu mata di hadapan Mesir selepas menang 1-0 di Kampala pada perlawanan hari Khamis. Ghana mengumpul dua mata dan Kongo Brazzavill­e satu mata.

Afrika Selatan bermula dengan baik apabila Tokelo Rantie membuka jaringan tetapi Rocha menjaringk­an dua gol dalam tempoh enam minit sebelum rehat untuk memastikan kemenangan berharga.

Burkina Faso dan Afrika Selatan berkongsi empat mata dalam Kumpulan D dan Senegal serta Cape Verde berkongsi tiga mata sebelum perlawanan lewat. – AFP

 ??  ?? PEMAIN Nigeria Simon Moses bersaing mendapatka­n bola dengan pemain Serge Tchaha dalam perlawanan itu. -Gambar AFP
PEMAIN Nigeria Simon Moses bersaing mendapatka­n bola dengan pemain Serge Tchaha dalam perlawanan itu. -Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia