Utusan Borneo (Sabah)

Kelab-kelab La Liga Sepanyol kaut keuntungan besar hasil perpindaha­n pemain

-

MADRID, Sepanyol: Berbeza dengan perbelanja­an besar oleh kelab-kelab dari Liga Perdana Inggeris dan juga kelab Ligue 1, Paris Saint Germain (PSG), jendela perpindaha­n pemain di Sepanyol berakhir Jumaat lepas dengan kelab-kelab La Liga Sepanyol mengaut keuntungan besar. Secara keseluruha­nnya, kelab-kelab Sepanyol mendapat keuntungan dalam beberapa bulan jendela perpindaha­n pemain hasil penjualan 222 juta euro Neymar dari Barcelona ke PSG dan juga penjualan Alvaro Morata dengan nilai 80 juta euro dari Real Madrid ke Chelsea.

Akhbar sukan harian Sepanyol, Marca, melaporkan Jumaat lepas di mana kelab-kelab La Liga mencatatka­n keuntungan sekitar 95 juta euro.

Kelab-kelab dari Sepanyol menguasai pertanding­an bola sepak di Eropah dalam beberapa musim terakhir dengan Barcelona dan Real Madrid saling memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara untuk empat tahun terakhir.

Bagaimanap­un, pemergian Neymar ke PSG adalah kes pertama di mana dua kelab terbesar Sepanyol itu kehilangan aset penting kepada liga asing sejak Ronaldo menyertai Inter Milan pada 1997.

Perpindaha­n Neymar bermakna Barcelona adalah kelab yang berbelanja paling besar dalam usaha mereka mencari pengganti dan membina semula skuad.

Dengan presiden kelab, Josep Maria Bartomeu berdepan desakan untuk meletak jawatan, kelab membelanja­kan 192 juta euro untuk mendapatka­n lima pemain – Marlon Santos, Nelson Semedo, Gerard Deulofeu, Paulinho dan Ousmane Dembele.

Jumlah keseluruha­n itu mungkin meningkat dengan perjanjian bernilai 105 juta euro yang membawa Dembele ke Nou Camp ditambah dengan 40 juta dalam bentuk bonus prestasi.

Tetapi Barca, yang mahu menjadi kelab pertama yang mencatatka­n pusing modal satu bilion euro dalam beberapa musim akan datang, masih mendapat keuntungan dari penjualan Neymar.

Beberapa faktor berbeza telah menyumbang kepada perubahan fiskal dengan kelabkelab dari Sepanyol tidak dapat bergantung kepada kontrak televisyen yang telah menyokong kepada perbelanja­an 1.4 bilion pound dalam Liga Perdana.

Namun, walaupun dengan dana besar seperti yang dimiliki Real Madrid, mereka memilih untuk kestabilan selepas satu musim penuh kejayaan.

Real Madrid memenangi kejuaraan La Liga Sepanyol dan Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh 59 tahun dan presiden kelab, Florentino Perez, digesa oleh jurulatih kelab, Zinedine Zidane, untuk mengekalka­n skuad yang sama yang telah memberikan khidmat cemerlang musim lepas.

“Dengan pasukan yang saya ada, skuad yang kami ada ketika ini, saya tidak mahu pemain baharu,” kata Zidane menjelang perlawanan menentang Valencia minggu lepas.

Polisi lama Real mendapatka­n pemain muda berbakat dalam bola sepak Sepanyol masih diteruskan.

Theo Hernandez menjadi pemain pertama untuk berpindah dari dua kelab di ibu kota Madrid, dari Atletico sejak 2000 sementara Real juga mengatasi Barca untuk mendapatka­n Dani Ceballos, pemain terbaik pada kejohanan Euro Bawah 21 Tahun pada tahun ini. -AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia