Utusan Borneo (Sabah)

70 handalan bakal berentap

Kejohanan Snuker Jemputan TKC 2017, 9-16 September

-

KOTA KINABALU: Penyertaan­pemain-pemain handalan meneruskan tradisi Kejohanan Snuker Jemputan The Kinabalu Club (TKC) 2017 Kali Ke-10 sebagai kejohanan berprestij di negeri ini.

Kejohanan yang akan berlangsun­g di TKC di sini pada 9-16 September itu disertai 70 pemain termasuk juara lima kali, Sheldon Senagang, 23.

Sheldon membuat kejutan apabila muncul sebagai pemain termuda merangkul gelaran juara pada tahun 2010 pada usia 16 tahun sekaligus menebus kekecewaan hanya muncul naib juara pada dua tahun sebelumnya.

Sheldon membuktika­n bahawa kejayaanny­a itu bukan kerana nasib apabila mengekalka­n gelaran juaranya dua tahun berikutnya untuk gelaran juara hatrik.

Rasid Mambalusan menyenarai­kan namanya selaku juara 2014 dan Teo Kin Vui pada 2014 tetapi Sheldon merampas semula gelaran juara itu dua tahun berikutnya pada 2015 dan 2016.

Sheldon bagaimanap­un dijangka akan terus mendapat saingan sengit kali ini terutama dari pesaingpes­aingnya sebelum ini termasuk lawannya pada perlawanan akhir tahun lalu, Ibrahim Amir yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Sea 2017.

Pesaing utama lain adalah Kong Sing Yew dan Teo Kin Vui, bekas juara 2008 dan 2014.

“Ada ramai lagi pemain handalan ambil bahagian termasuk dari luar daerah seperti Tawau, Sandakan, Kudat, Beaufort dan Kota Belud.

“Kejohanan ini menjanjika­n persaingan sengit dan menarik,” kata pengerusi TKC, John Philip Math pada sidang media di TKC pada Sabtu.

Kejohanani­tumenawark­an hadiah wang tunai keseluruha­n RM7,000.

Juara akan menerima RM2,500, kedua RM1,200 manakala dua pemain yang tewas di separuh akhir masing-masing menerima RM500 dan empat pemain yang kalah di suku akhir masing-masing menerima RM250.

Pemenang-pemenang juga akan menerima trofi.

Turut disediakan adalah hadiah RM500 untuk Highest Break (minima 70 mata) dan RM800 untuk Highest Century Break.

“Semua hadiah disumbangk­an pengerusi penganjur, Francis Ng,” kata John sambil mengalu-alukan peminat snuker datang menyaksika­n kejohanan itu.

Ada ramai lagi pemain handalan ambil bahagian termasuk dari luar daerah seperti Tawau, Sandakan, Kudat, Beaufort dan Kota Belud. Kejohanan ini menjanjika­n persaingan sengit dan menarik. JOHN PHILIP MATH Pengerusi TKC

 ??  ??
 ??  ?? JOHN (enam dari kiri) bersama jawatankua­sa TKC dan penganjur bergambar bersama selepas sidang media di TKC Kota Kinabalu pada Sabtu.
JOHN (enam dari kiri) bersama jawatankua­sa TKC dan penganjur bergambar bersama selepas sidang media di TKC Kota Kinabalu pada Sabtu.
 ??  ?? BEKAS juara lima kali, Sheldon.
BEKAS juara lima kali, Sheldon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia