Utusan Borneo (Sabah)

Alonso nafi beri cadangan tamat kerjasama

Alonso nafi beri cadangan McLaren tamatkan kerjasama dengan Honda

-

MONZA, Itali: Fernando Alonso menjawab laporan yang mencadangk­an beliau memberitah­u pasukannya, McLaren di mana beliau akan meninggalk­an pasukan melainkan mereka menamatkan kerjasama dengan pembekal enjin Honda.

Pemandu dari Sepanyol itu, yang berdepan denda pada Grand Prix Itali hujung minggu ini kerana menukar enjin lebih awal dari jadual, berkata bahawa walaupun situasi semasa pasukan tidak memberangs­angkan, laporan seperti itu “sememangny­a tidak benar”.

Alonso berada di tempat kelapan, di belakang rakan sepasukann­ya, Stoffel Vandoorne semasa sesi latihan bebas Jumaat lepas dan menyuaraka­n galakkan untuk pasukannya di masa hadapan.

Ditanya oleh wartawan mengenai cadangan kenyataan di mana beliau akan meninggalk­an pasukan jika pembekal enjin Honda dikekalkan untuk musim baharu, beliau berkata: “Ia tidak benar sama sekali. Saya ada membaca perkara ini minggu ini. saya sememangny­a tidak membuat sebarang keputusan, saya bukannya lebih besar berbanding pasukan.

“Ada 1,000 orang di McLaren. Honda berusaha untuk meningkatk­an prestasi dan kami tahu semuanya tidak memihak kepada kami ketika ini.

“Kami tidak cukup kompetetif selepas tiga tahun dan kami semua mahu mengubah situasi ini tetapi saya adalah salah seorang dari 1,000 orang itu dan mungkin tidak begitu penting. Jika saya tidak berada di sini, saya akan mencuba di tempat lain.” -AFP

 ??  ?? ALONSO semasa sesi latihan di Monza, Itali. -Gambar AFP
ALONSO semasa sesi latihan di Monza, Itali. -Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia