Utusan Borneo (Sabah)

361 sertai Klinik Asas Bolasepak Junior

- Oleh DELLROY

TENOM: Seramai 361 terdiri daripada murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah di daerah ini menyertai Klinik Asas Bolasepak Junior umur 714 tahun ke bawah ‘Back to Basic’.

Program adalah anjuran Pergerakan Pemuda Umno Tenom dengan kerjasama Kelab Bola Sepak Tenom diadakan selama dua hari yang berakhir pada Sabtu di Padang Bandaran di sini.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Tenom Jamawi Jafaar berkata, penyertaan itu melebihi sasaran awal 200 orang kerana minat di kalangan kanak-kanak dan remaja serta dorongan ibu bapa yang amat menggalakk­an.

Katanya, klinik bola sepak yang julung-julung kali diadakan di daerah ini dikendalik­an oleh Ketua Jurulatih Skuad Liga Simpanan Sabah Datuk Justin Ganai, Jurulatih Pasukan Sabah Julius Ating dan legenda bola sepak Sabah Matlan Marjan bersama adiknya Zainizam Marjan serta jurulatih-jurulatih tempatan yang bertauliah di daerah ini.

Jamawi yang juga Ketua Penerangan Umno Malaysia dan Pegawai Khas Kementeria­nMultimedi­adan Komunikasi berkata, klinik bola sepak ‘back to basic’ ini bertujuan mencungkil bakat kanak-kanak dan remaja serta mendedahka­n mereka mengenai teknik-teknik permainan bola sepak di peringkat awal.

Beliau berkata, klinik bola sepak tersebut akan diteruskan dari masa ke semasa mengikut peringkat dan diselarask­an oleh jurulatih-jurulatih tempatan yang bertauliah mengikut jadual yang mereka tetapkan bagi mengetenga­hkan pemainpema­in yang berkeboleh­an untuk mewakili negeri dan seterusyan di peringkat kebangsaan.

Terdahulu dalam ucapan perasmian Jamawi meminta ibu bapa agar memberi dorongan dan sokongan kepada anak-anak mereka yang menyertai program ini.

Katanya, untuk melahirkan pemain-pemain yang berkeboleh­an, ia bukanlah tanggungja­wab individu tetapi ia merupakan tanggungja­wab bersama terutama ibu bapa.

 ??  ?? KELIHATAN sebahagian peserta dibimbing oleh Matlan dengan tekniktekn­ik asas bola sepak.
KELIHATAN sebahagian peserta dibimbing oleh Matlan dengan tekniktekn­ik asas bola sepak.
 ??  ?? JAMAWI bersama barisan jurulatih bergambar kenangan dengan peserta.
JAMAWI bersama barisan jurulatih bergambar kenangan dengan peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia