Utusan Borneo (Sabah)

4,720 pelajar baharu masuki UMS

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Seramai 4,720 pelajar baharu melanjutka­n pengajian ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi sesi 2017/2018.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS Prof Dr Ismail Ali berkata daripada jumlah itu, 45 peratus pelajar baharu yang ditawarkan melanjutka­n pengajian di UMS adalah dari Sabah.

“Jumlah berkenaan merangkumi 2,121 pelajar dari Sabah, 2,293 atau 49 peratus pelajar Semenanjun­g Malaysia, Sarawak dan Labuan.

“Selebihnya, UMS turut menerima pelajar baharu antarabang­sa seramai 306 atau enam peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena Pendaftara­n Pelajar Baharu UMS Sesi 2017/2018 di Kolej Kediaman Tun Fuad pada Ahad.

Ismail berkata, seramai 306 pelajar antarabang­sa berkenaan adalah dari 17 negara.

Antaranya adalah China, Brunei, Fiji, Jerman, Yemen, Pakistan, Myanmar, Afghanista­n, Bangladesh, Indonesia, Laos, Arab Saudi, Thailand, Turki, Vietnam dan lain-lain.

“Pecahan mengikut jantina pula mencatatka­n perempuan seramai 3,284 berbanding lelaki yang hanya seramai 1,436 orang,” katanya.

Jelasnya perbezaan peratusan kemasukan pelajar baharu sesi 2017/2018 dan sesi sebelumnya tidak menunjukka­n perbezaan yang ketara.

Namun pengambila­n pelajar baharu bagi sesi 2017/2018 itu akan bertambah dengan adanya kemasukan pelajar rayuan kelak.

Selain itu katanya, UMS turut meneruskan tanggungja­wab sosial korporat (CSR) mereka membantu pelajar yang berasal dari keluarga berpendapa­tan isi rumah 40 peratus (B40).

“UMS turut menawarkan 200 tempat kepada pelajar menerusi program CSR dalam kalangan pelajar B40 untuk mengikuti pengajian prasiswaza­h kali ini.

“CSR ini yang adalah kali kelima dijayakan UMS yang mana pelajar diberi peluang melanjutka­n pengajian mereka berdasarka­n kelayakan minimum yang ditetapkan Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT),” jelasnya.

Sementara itu, Ismail berkata UMS turut menerima kemasukan seramai 19 pelajar dari kalangan orang kurang upaya (OKU).

“Kesemua mereka ini ditempatka­n di tingkat bawah Kolej Kediaman untuk memudahkan pergerakan selain disediakan kenderaan khas untuk menghadiri kuliah.

“Pelajar-pelajar ini juga akan tinggal di Kolej Kediaman dan akan mengikuti Minggu Suai Mesra (MSM) selama seminggu sebagai persiapan bagi menyesuaik­an diri dalam suasana kehidupan kampus,” katanya.

 ??  ?? ISMAIL (belakang, tiga kiri) turut membantu pelajar baharu melakukan pendaftara­n atas talian.
ISMAIL (belakang, tiga kiri) turut membantu pelajar baharu melakukan pendaftara­n atas talian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia