Utusan Borneo (Sabah)

Kastam digesa tambah baik sistem pelepasan sekatan ke luar negara

-

KUCHING: Jabatan Kastam Diraja digesa memantapka­n sistem pelepasan halangan ke luar negara khususnya apabila tunggakan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) telah dilunas individu disenaraih­itamkan.

Seorang peniaga, Kapten (B) Mohd Saiful Abdullah berkata, perkara itu perlu diperbaiki lebih-lebih lagi apabila larangan ke luar negara tersebut dikenakan terhadap individu tanpa sebarang notis.

Selain kastam, agensi kerajaan lain turut menyediaka­n senarai sekatan, antara lain adalah seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Bank Negara dan Jabatan Insolvensi.

“Saya amat kesal kerana sistem kastam ketinggala­n. PTPTN dan LHDN seperti saya dimaklumka­n, dapat memberi pelepasan sebaik sahaja pembayaran dibuat berbanding kastam selepas tujuh hari,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo, pada Sabtu.

Mohd Saiful berkata, beliau pada Jumaat lalu dijadual berlepas ke Kemboja menunaikan ibadah haji bersama umat Islam di negara itu, namun dimaklumka­n mengenai sekatan tersebut ketika melalui pemeriksaa­n Jabatan Imigresen Malaysia di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur.

Meskipun terkejut apabila tunggakan lebih RM24,000 untuk dua syarikatny­a itu adalah di luar pengetahua­nnya, beliau segera melunaskan tunggakan tersebut secara dalam talian dengan harapan dapat meneruskan perjalanan ke Kemboja.

Bagaimanap­un, beliau kesal apabila sistem Jabatan Kastam Diraja Malaysia tidak dapat menarik namanya dari senarai hitam tersebut secara automatik.

“Saya sudah melunaskan semua tunggakan GST melalui (dalam talian) tetapi sekatan tersebut ditidak dapat ditarik juga sebab cuti panjang.

“Saya tidak sangka sebab baharu sahaja pada Mei 2017 saya ke Australia, tidak ada masalah (sekatan ke luar negara),” katanya lagi.

Mohd Saiful berkata, program untuk menunaikan ibadah korban bersama umat Islam di Kemboja itu merupakan anjuran Persatuan

Senifoto Quebah Clicks (QBC) Kuching.

Beliau merupakan Timbalan Presiden QBC memberitah­u, lawatan itu turut disertai isterinya, Syafarani Abdullah, selain Presiden QBC, Datu Saleh Sulaiman dan Setiausaha QBC, Pharo Abd Hakim.

“Yang sedihnya, isteri saya pergi berseorang­an tanpa saya ke Kemboja,” katanya sambil menambah, rombongan QBC dijadualka­n kembali ke negara pada Selasa ini.

Beliau turut berharap agar pelepasan itu dapat diberikan dalam masa terdekat agar sempat mengikuti program berkenaan.

Di bawah Sekyen 49 Akta GST 2014, peniaga yang tidak membayar GST akan dilarang ke luar negara sehingga mereka menjelaska­n tunggakan itu.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Subromania­m Tholasy, yang dipetik dari akhbar Bahasa Cina pada awal Julai lalu berkata, ketika ini, seramai 7,143 majikan dan pengarah syarikat berada dalam senarai dilarang ke luar negara kerana mempunyai tunggakan GST.

Sehubungan itu, beliau menasihatk­an peniaga yang tidak membayar GST membuat semakan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi mengetahui jika nama mereka disenarai hitamkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia