Utusan Borneo (Sabah)

S’wak bertekad jadi kuasa besar sukan, kata Abdul Rahman Karim

-

KUCHING: Sarawak bertekad untuk muncul sebagai kuasa besar sukan dan kini hampir pasti menjadikan­nya suatu kenyataan, kata Menteri Kebudayaan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

“Sarawak akan menjadi kuasa besar sukan yang berikutnya di negara ini lebih awal dari yang dijangkaka­n, seandainya kita terus samasama bekerja keras untuk mencapai kejayaan paling besar dalam bidang sukan.

“Kita boleh menjadi negeri yang paling hebat dalam sukan jika kita berkongsi wawasan itu bersama-sama dengan kesemua persatuan sukan tempatan kita, olahragawa­n dan olahragawa­ti kita,” kata Abdul Karim ketika berucap pada majlis penyampaia­n Anugerah Sukan Sarawak 2015/2016 di sini malam Ahad.

Beliau percaya wawasan itu boleh menjadi kenyataan disebabkan Sarawak telah pun membuktika­n keupayaan mereka dengan menjadi juara Sukan Malaysia (Sukma) tiga tahun berturut-turut iaitu pada 1990, 1992 dan 1994.

Abdul Karim berkata kementeria­nnya menerusi Perbadanan Sukan Sarawak dan Majlis Sukan Negeri (MSN) Sarawak merangka beberapa inisiatif dengan matlamat untuk terus melatih serta memberi motivasi kepada atlet tempatan.

“Malah Sarawak mempunyai beberapa atlet yang berjaya memperbaha­rui rekod kejohanan dan pada temasya Sukan SEA 2017 (KL2017) di Kuala Lumpur baru-baru ini kita dapat saksikan kebolehan atlet Sarawak melakukann­ya,” katanya.

Dalam KL2017, atlet Sarawak menyumbang 13 daripada 145 pingat emas yang diraih Malaysia, selaku juara keseluruha­n temasya itu.

Abdul Karim berkata penganjura­n semula Sukan Sarawak (SUKSAR) merupakan satu lagi inisiatif kerajaan negeri untuk terus meningkatk­an kedudukan Sarawak sebagai kuasa besar sukan di negara ini. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia