Utusan Borneo (Sabah)

Pelantikan Mohamad Fuzi melalui SPP

-

KUALA LUMPUR: Pelantikan Ketua Polis Negara yang baharu Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun, 58, adalah keputusan kerajaan yang dibuat menerusi Suruhanjay­a Pasukan Polis (SPP).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata suruhanjay­a itu juga bersetuju mengekalka­n Tan Sri Noor Rashid Ibrahim sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.

“Jawatan (Noor Rashid) bagaimanap­un dinaikkan ke Turus III dan Suruhanjay­a turut memutuskan Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman yang baharu,” katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, Isnin.

M oh a mad Fuzi menggantik­an Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bersara wajib pada Isnin.

Sementara itu Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata Khalid adalah seorang yang ‘luar biasa’ kerana sifat kesetiaann­ya yang tidak pernah luntur walau dalam apa jua situasi.

Ahmad Zahid berkata bekas Ketua Polis Negara itu juga telah berjaya menyelesai­kan segala permasalah­an dengan amalan profesiona­lisme sepanjang menjalanka­n tanggungja­wabnya.

“Apabila saya mengarahka­n Ops Cantas Khas dibuat sewaktu mula-mula saya diberi tanggungja­wab sebagai Menteri Dalam Negeri, ia dijayakan tanpa persoalan oleh beliau (Khalid) sendiri.

“Saya telah arahkan tiga pasukan elit diwujudkan iaitu Pasukan Tindakan Khas Jenayah Terancang (STAFOC), Pasukan Tindakan Khas Judi, Maksiat dan Gangsteris­me (STAGG) dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) yang mana arahan datang daripada saya kepada Tan Sri Khalid bagi menangani semua permasalah­an berbeza terus ke sasaran,” katanya.

 ?? Gambar BERNAMA ?? ZAHID (tengah) menyaksika­n penyerahan tongkat kuasa daripada Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada Ketua Polis Negara yang baharu Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun (kanan) pada majlis serah terima tugas di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol). -
Gambar BERNAMA ZAHID (tengah) menyaksika­n penyerahan tongkat kuasa daripada Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada Ketua Polis Negara yang baharu Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun (kanan) pada majlis serah terima tugas di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol). -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia