Utusan Borneo (Sabah)

UMS melakar sejarah

35 pelajar ambil bidang Pendarasan Islam

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Seramai 35 pelajar melanjutka­n pengajian dalam bidang Pendarasan Islam yang ditawarkan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi kohort pertama tahun ini.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif berkata, majoriti pelajar berkenaan berasal dari Sabah, manakala empat pelajar dari negara Brunei Darussalam yang mana kesemua terpilih melalui sesi temuduga.

“Program Pendarasan (Pengajian) Islam bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda ini akan dimasukkan dalam Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan (FKSW) sementara tempoh yang dikendalik­an oleh lapan tenaga pengajar adalah selama tiga tahun pengajian.

“Sudah pasti, kita harapkan UMS akan terus menaiktara­f lagi program ini dengan mewujudkan fakulti pengajian Islam sendiri suatu hari nanti,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pendaftara­n Pelajar Pengajian Islam UMS, di sini pada Isnin.

Beliau berkata, kewujudan program baharu di UMS itu secara tidak langsung memberi peluang kepada lepasan sekolah dalam bidang pengajian Islam untuk terus melanjutka­n pengajian di negeri ini tanpa perlu ke negeri lain.

Selain itu katanya, ia menjadi titik permulaan buat institut pengajian awam itu melebarkan sayap menawarkan program berkaitan ilmu syariah, perbankan Islam dan sebagainya pada masa hadapan.

“Melalui program ini, pelajar yang terpilih juga boleh mengambil sijil berkaitan pengajian halal yang mana UMS sendiri adalah salah satu teras kepada usaha halal di negeri ini.

“Usaha ini sudah semestinya akan memperkasa­kan lagi pemahaman mengenai status produk halal secara meluas kepada masyarakat awam sama ada Islam mahupun bukan Islam,” katanya.

Ariffin berkata, kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga bercadang mewujudkan lebih banyak jawatan pegawai halal di setiap perusahaan kilang besar di negeri ini.

Katanya, ia sekaligus akan memberi lebih banyak peluang pekerjaan khususnya kepada graduan yang tamat pengajian dalam bidang pensijilan halal.

Sementara itu, pelajar Pengajian Islam Amal Sakinah, 23, dari Seri B ong awan Brunei Darussalam tidak menyangka terpilih melanjutka­n pengajian dalam bidang berkenaan.

Sebelum ini, beliau yang mengambil Diploma Usuluddin di Kolej Universiti Perguruan Ugama hanya berhasrat melanjutka­n pengajian dalam bidang pendidikan psikologi sahaja.

“Malangnya, saya tidak terpilih mengikuti program pendidikan dan UMS seterusnya menawarkan saya mengikuti program Pengajian Islam.

“Jadi, saya merasakan program ini bersesuaia­n dengan pembelajar­an di sekolah saya sebelum ini... saya terus tekad untuk menerima tawaran itu,” katanya.

Nurul Fathin Fareha Awang Arya, 20, yang berasal dari Kimanis Sipitang gembira kerana berjaya terpilih mengikuti program pilihan pertamanya itu.

Katanya, meskipun bidang berkenaan baharu diperkenal­kan di UMS, dia akan sedaya upaya meningkatk­an pengetahua­n mengenai Ilmu Islam dan kemahiran berbahasa Arab bersesuaia­n dengan minatnya yang mendalam berkaitan bahasa itu.

Program Pendarasan (Pengajian) Islam bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda ini akan dimasukkan dalam Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan (FKSW) sementara tempoh yang dikendalik­an oleh lapan tenaga pengajar adalah selama tiga tahun pengajian.” DATUK MOHD ARIFFIN MOHD ARIF Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri

 ??  ?? ARIFFIN (kiri) beramah mesra dengan pelajar yang mendapat tawaran menuntut dalam program Pendarasan Islam di UMS.
ARIFFIN (kiri) beramah mesra dengan pelajar yang mendapat tawaran menuntut dalam program Pendarasan Islam di UMS.
 ??  ?? AMAL Sakinah (kanan) merakam gambar kenangan bersama rakannya Nur Amanina yang juga mendapat tawaran bidang yang sama.
AMAL Sakinah (kanan) merakam gambar kenangan bersama rakannya Nur Amanina yang juga mendapat tawaran bidang yang sama.
 ??  ?? FATHIN
FATHIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia