Utusan Borneo (Sabah)

Pameran ‘Jalan Merdeka’ di Carcosa Seri Negara

-

KUALA LUMPUR: Perjalanan negara untuk mencapai kemerdekaa­n kini boleh dihayati di Carcosa Seri Negara di sini yang menjadi tuan rumah pameran ‘Jalan Merdeka: Melewati Laluan Merdeka’, anjuran Asian Heritage Museum (AHM).

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pameran itu antara lain menampilka­n artifak serta gambar-gambar peristiwa bersejarah menjelang 31 Ogos 1957.

“Bangunan ini (Carcosa) sendiri merupakan bangunan bersejarah. Di sinilah Perjanjian Persekutua­n Tanah Melayu ditandatan­gani pada 1948 dan 1957 yang membuka laluan ke arah kemerdekaa­n negara. Berikutan minat saya dalam sejarah, saya pernah berbincang dengan Ketua Pegawai Eksekutif AHM Sdn Bhd K. K Tan untuk mengadakan pameran ini di sini pada 2008.

“Usaha itu tidak kesampaian. Namun kini, sebagai menteri (yang turut bertanggun­gjawab terhadap Carcosa), saya dapat membantu AHM menyewa Carcosa bagi menganjurk­an pameran ‘Jalan Merdeka’ selama tiga tahun,” katanya pada sidang media selepas melawat pameran itu, hari ini.

AHM diberi hak menyewa dan menjaga Carcosa oleh Pesuruhjay­a Tanah Persekutua­n, Jabatan Ketua Pengarah dan Tanah Galian Persekutua­n yang terletak di bawah Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar sejak Mac tahun ini bagi menubuhkan muzium warisan di bangunan itu.

AHM juga mengambil langkah membaiki dan memulihara bangunan itu.

Wan Jun a i di berkata cabaran sekarang ialah memulihara bangunan tersebut yang terbiar selama lapan tahun dan sebarang kerja pembaikan harus mendapat kelulusan daripada kementeria­nnya.

Pameran ‘Jalan Merdeka’ bermula 1 Sept lalu dan dibuka kepada umum dari 8 pagi hingga 5 petang setiap hari.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh layari laman Facebook ‘Jalan1957’ atau Instagram -@JalanMerde­ka.

 ?? -Gambar Bernama ?? WAN Junaidi Tuanku Jaafar (kanan) melawat Pameran Jalan Merdeka di Carcosa dan Seri Negara, kelmarin.
-Gambar Bernama WAN Junaidi Tuanku Jaafar (kanan) melawat Pameran Jalan Merdeka di Carcosa dan Seri Negara, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia