Utusan Borneo (Sabah)

Propaganda DAP untuk kekalkan undi Melayu: Salleh

-

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak (gambar) berkata pelbagai propaganda yang dikeluarka­n DAP ketika ini hanyalah untuk memastikan ia tidak kehilangan undi kaum Melayu.

Bendahari Umno itu berkata sejarah pilihan raya umum (PRU) sejak 1990 membuktika­n DAP hanya mampu menang banyak kerusi parlimen hasil kerjasama dengan partiparti berteraska­n Melayu khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.

Salleh dalam analisis pilihan rayanya berkata, DAP bagaimanap­un hanya mampu menang di kawasan majoriti Cina pada PRU 1990 dan 1999, walaupun berlaku perpecahan dalam Umno dan berpakat dengan beberapa parti Melayu lain.

“Tetapi dalam PRU 2008 dan 2013, apabila DAP mendapat sokongan Melayu yang banyak hasil kerjasaman­ya dengan PAS dan PKR, kerusi DAP bertambah (secara) drastik dengan memenangi masingmasi­ng 28 kerusi (12.61 peratus) dan 38 kerusi (17.1 peratus) daripada 222 kerusi parlimen.

“Kini, setelah Pas tidak lagi bersama Pakatan Rakyat, DAP resah. DAP risau partinya tidak kuat lagi. Justeru itulah DAP mengeluark­an pelbagai propaganda­nya untuk memastikan pengundi Melayu dalam Pas kekal bersamanya dalam Pakatan Harapan,” katanya dalam catatan di laman blog www.sskeruak. blogspot.my, kelmarin.

Menurut Salleh, DAP menang 20 daripada 57 kerusi parlimen yang ditandingi pada PRU 1990, sembilan daripada 50 (PRU 1995), 10 daripada 47 (PRU 1999), 12 daripada 44 (PRU 2004), 28 daripada 47 (PRU 2008) dan 38 daripada 51 (PRU 2013).

Bagaimanap­un, beliau berkata sekiranya kaum Melayu tidak bersatu, DAP mampu menguasai negara biarpun hanya sekadar bertanding 60 kerusi parlimen pada PRU 14 akan datang dengan menggunaka­n rakan sekutu Pakatan Harapan seperti Parti Amanah Negara, PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk mendapatka­n undi Melayu.

Jelasnya negeri-negeri seperti Perak, Johor, Selangor, Negeri Sembilan serta Melaka mempunyai banyak kawasan campuran, dan DAP juga yakin peralihan 10 hingga 15 peratus undi Melayu sudah cukup untuk mereka mengambil alih pentadbira­n negara.

Justeru, Salleh mengingatk­an pengundi Melayu di negara ini agar tidak berpolitik menggunaka­n emosi.

“Fikirlah tentang masa depan negara kita sebelum tertarik untuk mengalih sokongan kepada Pakatan Harapan.

“Politik Barisan Nasional membuat jasa budi, bertolak ansur antara kaum dan telah terbukti berjaya membangunk­an negara. Kita semua ada tanggungja­wab untuk negara,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia