Utusan Borneo (Sabah)

APM dijangka terima aset tambahan November ini

-

KANGAR: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dijangka menerima aset tambahan merangkumi 200 buah bot, 34 buah lori dan 17 buah bot amfibia Sealegs pada akhir November ini.

Ketua Pesuruhjay­a APM Datuk Azmy Yahya berkata aset itu adalah baki kepada aset yang diterima Mei lepas meliputi 27 buah lori dan 12 bot Sealegs.

“Aset-aset baharu yang diterima nanti akan membolehka­n APM meningkatk­an keupayaan operasi menyelamat khususnya pada musim tengkujuh yang dijangka melanda beberapa negeri Disember ini.

“Walaupun kita masih kekurangan aset, APM telah bersedia dengan pelan kontigensi untuk menghadapi sebarang masalah kritikal”, kata Azmy kepada pemberita pada program Korban Aidiladha APM Perlis di ibu pejabat agensi itu, di sini kelmarin.

Beliau berkata APM akan berusaha mempercepa­tkan masa bertindak daripada 12 minit kepada 10 minit dengan adanya kelengkapa­n baharu tersebut.

Dalam perkembang­an lain, Azmy berkata keanggotaa­n APM dijangka mencapai sasaran dua juta orang menjelang akhir tahun ini berbanding 1.6 juta orang pada masa ini.

Menurutnya APM mengamalka­n Strategi Lautan Biru Kebangsaan dengan agensi-agensi seperti bomba, polis, Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara serta pihak berkuasa tempatan.

Pada program itu, dua ekor lembu dikorbanka­n. masing-masing seekor disumbangk­an oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dan seekor lagi oleh kerajaan Perlis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia