Utusan Borneo (Sabah)

Kekalkan keamanan negara: Hamisa

Anggota rela perlu bersemanga­t wira, bantu kerajaan

-

TAWAU: Anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (Rela) adalah sebagai pasukan keselamata­n yang membantu kerajaan.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat berkata, tugas Rela dibahagika­n kepada dua bahagian, iaitu semasa aman dan ketika negara menghadapi situasi darurat mengikut keperluan semasa.

Menurutnya, sebagai satu pasukan dan benteng ketiga pertahanan negara, warga Rela perlu bersemanga­t wira dan waja serta mesra rakyat.

Selain sebagai mata dan telinga kerajaan, pasukan Rela juga merupakan penggerak dan pelopor pembanguna­n sosioekono­mi masyarakat setempat dan penggerak aktiviti kemasyarak­atan.

“Dalam erti kata lain, anggota Rela merupakan pencetus idea dan pemangkin kepada segala aktiviti kemasyarak­atan dalam usaha menjadikan perpaduan rakyat berbilang bangsa di negara ini berterusan bagi memastikan negara kekal aman, harmoni dan sejahtera,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Perhimpuna­n dan Perbarisan Bulanan Pasukan Rela Daerah Tawau di Wisma Persekutua­n Tawau, di sini pada Ahad.

Dalam majlis itu, turut diadakan Program Sembelihan Lembu Ibadah Qurban dan agihan daging qurban di mana, sebanyak dua ekor lembu telah dikorbanka­n.

Hamisa berkata, Rela memainkan peranan penting dalam usaha membantu menjaga keamanan dan kemakmuran rakyat di negeri ini.

Katanya, misi Rela adalah untuk melindungi masyarakat daripada pelbagai anasir yang menggugat keamanan negara termasuk gejala sosial dan jenayah.

“Justeru, Rela perlu lebih komited dan sentiasa berada dalam keadaan bersiap-sedia untuk menghadapi sebarang perkara yang berlaku.

Beliau yang juga Adun Tan- jong Batu meminta anggota Rela Sabah mampu menjadi contoh kepada rakyat Malaysia bahawa kesejahter­aan dan perpaduan dapat dicapai dengan mudah melalui toleransi dan persefaham­an.

“Saya ingin mengingatk­an kepada anggota Rela bahawa kita bukan sahaja berjuang untuk menjaga kedaulatan negara tetapi kita juga mesti berjuang mengekalka­n keharmonia­n serta persefaham­an antara kaum yang sedia terjalin sejak sekian lama.

“Sebagai umat Islam kita seharusnya menjadikan ibadah kurban yang sangat mulia ini sebagai ibadah tahunan untuk dilaksanak­an sama ada di peringkat keluarga maha pun dalam kelompok masyarakat.

“Ia kerana, program ini membolehka­n kita untuk berkongsi rezeki dengan yang kurang berkemampu­an dan golongan berkenaan tentunya akan mensyukuri nikmat pemberian daging kurban ini,” katanya.

Sementara di pihak yang menyumbang pula, tambahnya, akan merasa gembira kerana dapat membantu mengurangk­an kesusahan yang menimpa saudara seislamnya.

Menurut beliau, ibadah korban juga dapat melatih dan mendidik individu muslim itu untuk bersikap dermawan.

Ia kerana, Islam menyuruh agar daging sembelihan korban itu disedekahk­an dan diagihkan kepada fakir miskin, di samping orang yang berkorban juga harus hukumnya memakan sebahagian kecil daripada daging itu.

Saya ingin mengingatk­an kepada anggota Rela bahawa kita bukan sahaja berjuang untuk menjaga kedaulatan negara tetapi kita juga mesti berjuang mengekalka­n keharmonia­n serta persefaham­an antara kaum yang sedia terjalin ” sejak sekian lama. DATUK HAMISA SAMAT Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat

 ??  ?? HAMISA bersama anggota Rela bergambar kenangan di perkaranga­n Wisma Persekutua­n Tawau.
HAMISA bersama anggota Rela bergambar kenangan di perkaranga­n Wisma Persekutua­n Tawau.
 ??  ?? PENYERAHAN Jalur Gemilang kepada anggota Rela Daerah Tawau oleh Hamisa.
PENYERAHAN Jalur Gemilang kepada anggota Rela Daerah Tawau oleh Hamisa.
 ??  ?? HAMISA menyampaik­an daging korban kepada salah seorang penerima.
HAMISA menyampaik­an daging korban kepada salah seorang penerima.
 ??  ?? HAMISA memeriksa perbarisan anggota Rela Daerah Tawau.
HAMISA memeriksa perbarisan anggota Rela Daerah Tawau.
 ??  ?? MELAPAH daging korban sebelum diagih-agihkan.
MELAPAH daging korban sebelum diagih-agihkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia