Utusan Borneo (Sabah)

Keselamata­n siber, komponen penting dalam pembanguna­n teknologi

-

KUALA LUMPUR: Keselamata­n siber, satu teknik pencegahan untuk melindungi integriti jaringan, program dan data daripada jenayah atau penggunaan data elektronik yang tidak dibenarkan, ialah komponen penting dalam pembanguna­n teknologi dan perlu dimasukkan dalam peringkat awal pembanguna­n sedemikian.

Ketua Pegawai Eksekutif Cyber Security Malaysia Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab berkata keselamata­n siber perlu diberi keutamaan dalam peringkat awal pembanguna­n dan tidak harus ditinggalk­an sebagai satu peredaran zaman yang mana pendigital­isan berkembang pada kelajuan pesat dan mengganggu hampir setiap industri di seluruh dunia.

“Banyak pemaju teknologi bukan pakar keselamata­n siber dan meninggalk­an aspek keselamata­n siber selepas teknologi itu dibangunka­n. Tindakan sedemikian akan menyebabka­n teknologi mudah terdedah dan disebabkan itu, teknologi tidak dapat melangkah jauh dan cepat.

“Pengurusan tertinggi atau anggota lembaga pengarah sesebuah syarikat juga perlu menjadikan isu keselamata­n siber sebagai satu kebimbanga­n penting dan bukannya menyerahka­n perkara itu kepada jabatan IT (teknologi maklumat),” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaik­an ucaptama pada Persidanga­n Pendigital­isan dan Industri 4.0 di sini pada Isnin.

Untuk itu katanya, latihan dan latihan semula pekerja dalam aspek keselamata­n siber adalah sangat penting untuk memastikan mereka peka terhadap isu keselamata­n siber dan memahami bagaimana serangan siber boleh dilakukan ke atas data elektronik syarikat mereka.

Menurut Amirudin, kelayakan dalam I Tata u Sains Komputer tidak mencukupi untuk menjadikan seseorang pekerja itu pakar dalam keselamata­n siber kerana ia adalah sektor khusus yang memerlukan lebih banyak dan pelbagai jenis latihan.

“Kami menyasarka­n untuk memiliki 10,000 pakar keselamata­n siber di negara ini menjelang 2020, tetapi setakat ini, hanya ada 6,500 orang sahaja,” katanya.

Beliau juga mengulangi bahawa keselamata­n siber adalah satu pelaburan yang perlu dipertimba­ngkan sebelum pembanguna­n teknologi bagi memastikan kemapanan teknologi berkenaan, kesejahter­aan rakyat dan untuk mentadbir dasar dan proses yang mengurangk­an pendedahan teknologi kepada kelemahan.

“Walaupun IoT boleh membawa maksud ‘Internet

of Things’, tanpa langkah keselamata­n siber, ia juga boleh menjadi ‘Internet of

Threats’,” tambahnya. Persidanga­n dua hari bermula hari ini itu dianjurkan oleh Talent Developmen­t (M) Sdn Bhd dan Institut Pengurusan Malaysia (MIM), memberi tumpuan kepada keperluan segera yang mana Malaysia perlu memberi respons kepada revolusi industri keempat yang menyaksika­n lebih banyak pekerjaan berpindah kepada automasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia