Utusan Borneo (Sabah)

Korea Utara bakal lancar misil

Seoul bincang dengan Washington tentang ‘usaha pencegahan’

-

SEOUL: Korea Selatan semalam berbincang dengan Amerika Syarikat (AS) mengenai usaha kerahan kapal pengangkut pesawat dan pengebom strategik ke semenanjun­g Korea selepas melihat petanda Korea Utara mungkin melancarka­n lebih banyak misil selepas ujian nuklear keenamnya yang terbesar setakat ini.

Majlis Keselamata­n PBB bertemu lewat semalam untuk membincang­kan sekatan baharu terhadap rejim terasing itu dan Presiden AS Donald Trump juga meminta dimaklumka­n mengenai semua pilihan ketenteraa­n yang ada, menurut ketua pertahanan­nya.

Pegawai berkata, aktiviti di sekeliling tapak pelancaran misil mencadangk­an Korea Utara merancang lebih banyak ujian.

“Kami terus melihat petanda kemungkina­n pelancaran misil balistik.

“Kami juga meramalkan Korea Utara mungkin melepaskan misil balistik antara benua (ICBM),” menurut pemangku timbalan menteri polisi pertahanan negara Jang Kyoung-soo semasa pendengara­n Parlimen semalam.

Korea Utara menguji dua ICBM pada Julai lalu yang boleh mencecah jarak 10,000 kilometer.

Tentera udara dan darat Korea Selatan mengadkan latihan melibatkan misil balistik dan misil jarak jauh udara ke permukaan semalam susulan ujian nuklear Utara kelmarin, menurut ketua staf bersama.

Selain latihan, Korea Selatan akan bekerjasam­a dengan AS dan mungkin mengerahka­n aset strategik seperti kapal pengangkut pesawat dan pengebom, kata Jang.

Kementeria­n pertahanan Korea Selatan juga merancang mengerah empat lagi sistem pertahanan misil baharu AS selepas selesai penilaian alam sekitar oleh kerajaan.

Pengerahan sistem kontrovers­i Terminal High Altitude Area Defense (THAAD) di sebuah tapak selatan ibu negara Seoul, yang ditentang hebat negara jiran China dan Rusia, telah tertangguh sejak Jun.

Diplomat berkata, Majlis Keselamata­n PBB kini mempertimb­ang larangan eksport tekstil dan syarikat penerbanga­n nasional Korea Utara, menghentik­an bekalan minyak kepada kerajaan dan tentera, menghalang rakyat Korea Utara bekerja di luar negara dan menambah pegawai kanan dalam senarai hitam pembekuan aset dan larangan perjalanan.

Tatkala Presiden Moon Jaein dan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe bersetuju untuk memperketa­t sekatan dalam kerjasama dengan AS, Rusia berpandang­an sinis.

Timbalan Menteri Luar Rusia Sergei Ryabkov semasa sidang kemuncak BRICS di China berkata, sekatan ke atas Korea Utara telah mencecah had impaknya dan jika ditambah, akan menjejaska­n ekonominya.

Ujian nuklear kelmarin telah didaftarka­n dengan agensi seismik antarabang­sa sebagai gempa bumi buatan manusia dekat tapak ujian.

Pegawai Jepun dan Korea Selatan berkata, gegarannya 10 kali ganda lebih kuat daripada ujian nuklear Utara setahun lalu.

Pentadbira­n Keselamata­n Nuklear China berkata, data dari pusat pemantauan radiasi dekat sempadan Korea Utara tidak menunjukka­n sebarang impak ke atas alam sekitar atau populasi.

 ?? — Gambar AFP ?? BANDAR Korea Utara Sinuiju melatari pemandanga­n di seberang Jambatan Persahabat­an (kiri) yang menghubung­kannya dengan bandar sempadan China Dandong, dan Jambatan Patah di Dandong dalam wilayah timur laut Liaoning semalam.
— Gambar AFP BANDAR Korea Utara Sinuiju melatari pemandanga­n di seberang Jambatan Persahabat­an (kiri) yang menghubung­kannya dengan bandar sempadan China Dandong, dan Jambatan Patah di Dandong dalam wilayah timur laut Liaoning semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia