Utusan Borneo (Sabah)

Polis tembak mati remaja, peguam Filipina fail aduan

-

MANILA: Sebuah agensi kerajaan Filipina semalam menyatakan aduan membunuh akan difailkan terhadap beberapa anggota polis yang menemabk mati seorang remaja yang dituduh merompak, kes kedua seumpamany­a dalam tempoh hanya seminggu terhadap polis dari bahagian yang sama di ibu negara Manila.

Pejabat Peguam Awam (PAO) berkata, autopsi oleh pakar forensikny­a menunjukka­n Carl Angelo Arnaiz, 19, diseksa sebelum ditembak mati di Caloocan City, dan cara pembunuhan­nya menyamai kes kematian seorang pelajar sekolah tinggi yang ditembak mati pegawai antidadah di Caloocan pada 16 Ogos lalu.

Kematian Kian Loyd delos Santos, 17, mencetuska­n kemarahan awam yang jarang dilihat mengenai perang antidadah kejam Presiden Rodrigo Duterte, di mana beribu-ribu mangsa dibunuh tanpa sebarang pendakwaan.

Delos Santos diheret anggota polis berpakaian preman ke sebatang lorong gelap yang dipenuhi sampahsara­p sebelum ditembak di kepala dan ditinggalk­an dekat kandang khinzir, menurut saksi.

Pihak polis mendakwa remaja itu bersenjata api dan mereka membunuhny­a untuk mempertaha­nkan diri.

Mayat Arnaiz ditemui pada 28 Ogos lalu oleh ibu bapanya di sebuah rumah mayat.

Mangsa kali terakhir dilihat masih hidup pada 17 Ogos, menurut laporan media.

Media yang memetik laporan polis berkata, Arnaiz dituduh merompak seorang pemandu teksi dengan mengacukan senjata api sebelum mati ketika berbalas tembakan dengan polis yang tiba di tempat kejadian.

Pembunuhan tersebut bagaimanap­un tidak dikaitkan dengan kempen antidadah.

Pengarah PAO Persida Acosta mendakwa keduadua belah mata Arnaiz lebam manakala pergelanga­n tangannya yang cedera menunjukka­n kesan gari.

Mayat remaja itu juga mempunyai empat kesan tembakan di dada dan satu lagi di lengan kanan.

“Kami akan memfailkan aduan kepada Jabatan Kehakiman atas dakwaan pembunuhan.

“Mangsa telah dibunuh dengan kejam.

“Dia telah digari, jadi bagaimana pula dia boleh melawan balik?” tegas Acosta.

Ketua Polis Metro Manila Oscar Albayalde kemudian berikrar akan menyiasat kes pembunuhan Arnaiz.

Ketua Polis Negara Filipina Ronald dela Rosa bagaimanap­un menepis persamaan kes Arnaiz dengan kes delos Santos.

“Saya ingin memberi amaran kepada semua pihak untuk tidak terlalu pantas mengecam anggota kami.

“Kedua-dua kes ini berlainan,” katanya kepada para wartawan ketika ditanya mengenai pembunuhan Arnaiz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia