Utusan Borneo (Sabah)

Gadis kecil hilang di Perancis, lelaki didakwa

-

LYON: Seorang lelaki didakwa atas tuduhan menculik dan ditahan reman berhubung kehilangan seorang budak perempuan berusia sembilan tahun semasa majlis perkahwina­n di Alps, menurut pendakwa raya awam Perancis.

Maelys de Araujo kali terakhir dilihat pada jam 3 pagi 27 Ogos di sebuah dewan masyarakat di mana majlis perkahwina­n sepupu ibunya diadakan di kampung Pontde-Beauvoisin, kira-kira 50 kilometer di utara Grenoble.

Seorang lelaki berusia 34 tahun telah didakwa menculik, pengurunga­n secara haram atau penahanan secara paksaan terhadap seorang kanak-kanak berusia bawah 15 tahun hasil siasatan polis, menurut pendakwa raya di Grenoble pada sidang media lewat kelmarin.

Lelaki itu turut kelihatan pada majlis itu ketika mangsa hilang, menurut kenyataan.

Maelys, yang berambut dan bermata coklat gelap, hadir ke majlis tersebut bersama ibu bapanya dengan memakai gaun putih, tidak lagi kelihatan selepas itu.

Beberapa pasukan pencari dan penyelamat, polis penyelam dan penggali menghabisk­an masa beberapa hari memeriksa kawasan hutan tebal berhampira­n di mana majlis diadakan bagi sebarang petunjuk namun gagal.

Lelaki yang didakwa merupakan antara dua suspek yang ditahan Khamis lepas ekoran kenyataan mereka yang tidak konsisten, namun dibebaskan pada petang Jumaat.

“Dibawa ke hadapan hakim siasatan lewat tengah hari, dia mempertika­i fakta.

“Berdepan keterangan, penemuan dan bukti saintifik, dia menegaskan penafian dan penjelasan­nya,” menurut kenyataan itu.

“Ini tidak meyakinkan hakim siasatan, yang memutuskan untuk menahannya.

“Selepas perdebatan di antara pendakwa raya dan pihak pembelaan, lelaki itu telah ditempatka­n dalam penahanan sementara,” tambah kenyataan tersebut.

Pendakwa raya menyatakan bukti baharu yang terbongkar semasa siasatan polis menyaksika­n suspek yang telah dibebaskan, dipanggil semula dan disoal siasat sekali lagi.

Menurut sumber rapat siasatan, pasukan teknikal dan forensik polis menemui bukti DNA serta cuba menentukan sama ada mangsa telah berada di dalam kenderaan suspek.

Kereta itu sebelum ini menarik perhatian penyiasat kerana pemiliknya telah membersihk­annya selepas majlis itu atas alasan mahu menjualnya.

Anjing pengesan kehilangan jejak bau daripada anak patung beruang permainan Maelys di tempat parkir kereta di luar kawasan tersebut, menimbulka­n kebimbanga­n mangsa diculik dan dibawa lari dengan kereta.

Pihak polis menemu bual kira-kira 250 orang sejak kelmarin, termasuk kebanyakan daripada 180 tetamu majlis, selain beberapa orang lagi yang menghadiri beberapa parti pada malam yang sama di bar dan dewan gereja berhampira­n.

 ?? — Gambar AFP ?? GAMBAR fail 28 Ogos menunjukka­n poster yang dikeluarka­n polis tentera Pont-de-Beauvoisin mengenai Maelys yang hilang di timur Perancis dua hari sebelumnya.
— Gambar AFP GAMBAR fail 28 Ogos menunjukka­n poster yang dikeluarka­n polis tentera Pont-de-Beauvoisin mengenai Maelys yang hilang di timur Perancis dua hari sebelumnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia