Utusan Borneo (Sabah)

Perdana Menteri Taiwan letak jawatan

-

TAIPEI: Presiden Taiwan Tsai Ing-wen telah menerima perletakan jawatan oleh Perdana Menteri Lin Chuan, menurut parti pemerintah semalam, satu kehilangan yang telah dijangkaka­n sepenuhnya disebabkan oleh sokongan umum yang berkuranga­n bagi presiden.

Presiden Taiwan selalu menukar perdana mentari dalam respon untuk menambahka­n populariti. Lin telah berdepan dengan banyak tekanan agar meletakkan jawatannya ketika populariti Tsai menjunam kepada 29.8 peratus pada Ogos lepas, ditunjukka­n oleh satu tinjauan oleh yayasan persendiri­an, sejak beliau memegang jawatan tersebut pada Mei 2016.

“Presiden telah menerima perletakan jawatannya selepas perbincang­an ikhlas,” menurut pihak Parti Progresif Demokratik pimpinan Tsai dalam satu kenyataan.

William Lai, datuk bandar terkenal bagi bandar selatan Tainan seorang pegawai utama DPP, telah dijangka akan menggantik­an Lin, yang dijangka akan mengadakan satu sidang media pada jam 2.30 petang waktu tempatan.

Lin telah dikritik bukan sahaja oleh pihak perundanga­n dari pembangkan­g, namun juga dari DPP. Tsai telah memuji perdana menteri itu sebagai “seorang pegawai perhubunga­n yang hebat” ketika beliau memperkena­lkannya pada tahun lepas.

Namun hubungan yang dingin dengan China, satu kesan bagi perubahan faedah dan satu peraturan buruh yang diteliti semula, di antara beberapa kesilapan, telah memberikan tekanan kepada presiden agar mempertimb­angkan secara serius bagi menggantik­an Lin, untuk membuka jalan bagi kempen pemilihan semula beliau pada 2020.

Lin, rakan rapat kepada presiden yang mengekalka­n kepercayaa­nnya, boleh menjadi gabenor bank pusat yang baharu apabila gabenor sekarang Perng Fai-nan bersara pada tahun depan.

 ?? — Gambar Reuters ?? GAMBAR fail 15 Mac, 2016 menunjukka­n Lin Chuan di Taipei.
— Gambar Reuters GAMBAR fail 15 Mac, 2016 menunjukka­n Lin Chuan di Taipei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia