Utusan Borneo (Sabah)

Loji kimia terjejas bah diancam api

-

HOUSTON: Syarikat kimia Perancis yang memiliki sebuah loji di Texas yang ditenggela­mi air semasa Taufan Harvey menyatakan kelmarin ia akan sengaja membakar beberapa treler mengandung­i bahan mudah mengewap berbanding mem-biarkannya terbakar sendiri.

Dua kebakaran besar telah berlaku di kilang Arkema di Crosby, timur laut Houston, menyaksika­n asap hitam tebal berkepul di ruang udara ketika pihak berkuasa mengekalka­n zon pemindahan seluas 2.4 kilometer di sekitar kilang.

Sebelum ini Arkema meremehkan aspek keselamata­n komuniti atas alasan kedudukann­ya terpencil dan zon pengecuali­annya besar.

Para pekerja kilang telah meninggalk­an bahan kimia di dalam sembilan kontena selepas serangan ribut yang memutuskan bekalan elektrik yang menyejukka­n peroksida organik yang digunakan bagi menghasilk­an plastik dan barang lain.

“Terdapat bukti visual yang jelas bahawa bahan kimia di dalam treler telah berubah namun ia telah gagal untuk terbakar sepenuhnya,” menurut syarikat itu.

“Kami bimbang bahawa tanpa penyalaan, kita tidak dapat menentukan sama ada bahaya telah berjaya dielakkan sepenuhnya.

“Untuk terus mengawal situasi, langkah keselamata­n proaktif dibuat dengan membakar treler dengan cara terkawal.

“Langkah ini tidak memberikan risiko tambahan terhadap komuniti, dan kedua-dua pihak Arkema serta anggota pasukan bersepadu percaya pendekatan ini lebih selamat.”

Kontena pertama terbakar selama sembilan jam mulai Rabu hingga Khamis lepas, sementara yang kedua mula terbakar pada Jumaat minggu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia