Utusan Borneo (Sabah)

Bahana puntung rokok

Buang puntung rokok dekat stor minyak, kem pembinaan ranap, seorang pekerja melecur

-

PAKAN: Tabiat suka membuang puntung rokok sesuka hati malah membuangny­a berdekatan stor penyimpana­n minyak membawa padah apabila sebuah kem pembinaan terbakar manakala seorang pekerja melecur separuh badan dalam kejadian berlaku di Jalan Lubok Graji, Ulu Julau/Ulu Pakan sekitar jam 10 pagi Ahad.

Ketua Balai Bomba Bintangor Nicholas Belulin berkata, mangsa seorang warga Indonesia dikenali sebagai Icuk Ledi Mustova,21, dibawa ke Klinik Kesihatan Nanga Wak Pakan untuk rawatan susulan.

“Melalui maklumat diterima daripada saksi kejadian terbabit, bomba dimaklum bahawa terdapat pekerja merokok berhampira­n dengan stor penyimpana­n minyak.

“Pada masa sama terdapat kebocoran tong ‘Thinner’ berhampira­n stor dan tanpa disedari puntung rokok dibuang mencetus kebakaran dan menyambar stor penyimpana­n minyak,” katanya dalam kenyataan kepada media pada Ahad.

Kejadian itu turut memusnahka­n sebuah bengkel, tiga unit blok rumah pekerja dan harta benda milik kem pembinaan terletak lebih kurang 55 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor.

Menurut Nicholas, pihak bomba mengambil masa hampir dua jam mengawal seterusnya memadamkan kebakaran terbabit.

“Untuk memadamkan kebakaran tersebut pihak bomba menggunaka­n sumber air dari kawasan berhampira­n. Jumlah kerugian yang ditanggung oleh pihak kem terbabit masih dalam siasatan,” tegas Nicholas lagi.

Melalui maklumat diterima daripada saksi kejadian terbabit, bomba dimaklum bahawa terdapat pekerja merokok berhampira­n dengan stor penyimpana­n minyak. Pada masa sama terdapat kebocoran tong ‘Thinner’ berhampira­n stor dan tanpa disedari puntung rokok dibuang mencetus” kebakaran dan menyambar stor penyimpana­n minyak. NICHOLAS BELULIN Ketua Balai Bomba Bintangor

 ??  ?? ANGGOTA bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran sebuah kem pembinaan di Jalan Lubok Graji, Ulu Julau/Ulu Pakan, pada Ahad.
ANGGOTA bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran sebuah kem pembinaan di Jalan Lubok Graji, Ulu Julau/Ulu Pakan, pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia