Utusan Borneo (Sabah)

Uggah akan bantu bangun program tagang di Kampung Terbat Mawang

-

SERIAN: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas akan membantu membangunk­an program tagang di Kampung Terbat Mawang untuk dijadikan sebagai tarikan pelancong.

Menurut beliau, ia kerana program tersebut amat berpotensi dijadikan tarikan pelancong seperti yang sudah dilaksanak­an di Sabah.

“Kampung ini tidak jauh dari Kuching dan sudah pasti ia mudah dikunjungi pelancong sama ada tempatan mahupun asing.

“Mungkin kita boleh bangunkan ‘massage’ ikan di sungai ini,” katanya semasa lawatan kerja ke Kampung Terbat Mawang di sini, pada Ahad.

Justeru, Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata kementeria­nnya akan berbincang dengan jawatankua­sa pengurusan tagang kampung berkenaan mengenai apakah jenis bantuan yang dapat diberi.

“Saya berharap program ini terus berjaya dan menjadi satu punca pendapatan kepada penduduk kampung,” katanya.

Sementara itu, Uggah yang turut merasmikan bilik gerakan JKKK Kampung Terbat Mawang telah mengumumka­n sumbangan sebanyak RM10,000 sebagai sokongan kepada kampung tersebut.

Sehubungan itu, beliau berharap JKKK Kampung Terbat Mawang akan dapat memainkan peranan dalam membangunk­an kampung dan pendudukny­a.

“Saya berharap JKKK kampung ini dapat mengumpul maklumat mengenai pendudukny­a misalnya dari segi orang yang menganggur, anakanak yang bersekolah, berapa golongan petani, apakah jenis tanaman yang diusahakan, berapa keluasan tanah NCR yang dimiliki setiap keluarga dan sebagainya.

“Semua maklumat ini sangat penting untuk membolehka­n kerajaan tampil membantu serta menjalanka­n programpro­gram yang sesuai,” katanya.

 ??  ?? KETUA Kampung Terbat Mawang memberikan ikan Empurau kepada Uggah sebagai cenderamat­a sempena lawatannya ke kampung berkenaan. Ikan empurau tersebut ditangkap dari Sungai Kedup di Kampung Terbat Mawang yang kini terpelihar­a menerusi program tagang.
KETUA Kampung Terbat Mawang memberikan ikan Empurau kepada Uggah sebagai cenderamat­a sempena lawatannya ke kampung berkenaan. Ikan empurau tersebut ditangkap dari Sungai Kedup di Kampung Terbat Mawang yang kini terpelihar­a menerusi program tagang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia