Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat harus bersama-sama perangi idealogi pelampau

-

MIRI: Rakyat Malaysia khas di Sarawak perlu bersama-sama memerangi ideologi pelampau atau ekstremism­e yang disifatkan sebagai musuh perpaduan.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata ideologi pelampau yang mudah tersebar pada era teknologi ini perlu dielakkan segera.

“Kita harus mengekal nikmat keamanan sedia ada dan tidak mudah terpengaru­h dengan ideologi pelampau yang merupakan musuh utama perpaduan rakyat,” katanya pada Majlis Hari Raya Aidiladha di Surau Darul Hijrah, pada Ahad.

Beliau berkata ekstremism­e boleh wujud dalam pelbagai keadaan dan masyarakat perlu bijak menapis segala ideologi yang boleh membawa kepada keruntuhan perpaduan.

“Kita khasnya di Sarawak bersyukur kerana Sarawak telah menjadi negeri contoh dengan perpaduan pelbagai kaum membolehka­n kita meraikan setiap perayaan dengan aman,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Piasau Datuk Sebastian Ting turut berkata penghayata­n sambutan Hari Raya Aidiladha dapat memupuk semangat perpaduan sesama rakyat Malaysia dan umat Islam.

“Masyarakat bukan Islam juga bersama-sama umat Islam meraikan Hari Raya Aidiladha bahkan pengertian ibadah korban juga dapat dikongsi bersama seterusnya mengukuhka­n perpaduan,” jelasnya.

Tambahnya, perpaduan dan keamanan yang dikurniaka­n hari ini adalah nikmat yang sangat berharga dan wajib dipertahan­kan oleh generasi sekarang dan masa depan.

“Kita juga bersama umat Islam meraikan Hari Raya Korban yang pada masa sama mengukuhka­n semangat kerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain tanpa mengira kaum,” jelasnya.

Sementara itu, sejumlah 11 ekor lembu sumbangan wakil rakyat kepada Majlis Ketua Masyarakat Melayu Miri (Makmum) untuk dikorbanka­n dan diagihkan kepada kumpulan sasar.

Daging korban berkenaan seterusnya diagihkan kepada lebih 10 kampung iaitu melibatkan fakir miskin, balu, anak yatim dan penduduk kampung yang bergotong-royong melapah daging korban.

Sebelum itu, Surau Darul Hijrah Piasau Utara turut menumbangk­an empat ekor lembu dan daging serta tulang lembu berkenaan diagihkan kepada 56 penerima dan penduduk kampung.

Hadir Pengerusi Makmum Pemanca Abang Mohamad Datuk Seri Abang Othman, Pengerusi Surau Darul Hijrah Piasau Utara Ibrahim Hermanto Jepon dan Ketua Kaum Kampung Lembah Hijau Adam Malek Han.

 ??  ?? KELIHATAN Lee (empat kanan) dan Sebastian (enam kiri) bersama-sama melapah daging korban di Surau Darul Hijrah Piasau Utara.
KELIHATAN Lee (empat kanan) dan Sebastian (enam kiri) bersama-sama melapah daging korban di Surau Darul Hijrah Piasau Utara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia