Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan sentiasa berhemah laksana pembanguna­n

Setiap projek pembanguna­n dirancang melibatkan semua kaum di negeri ini: Abg Johari

-

KUCHING: Kerajaan negeri sentiasa mengambil pendekatan berhemah dalam melaksanak­an pembanguna­n holistik tanpa meminggirk­an manamana kaum yang ada di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg menegaskan bahawa setiap projek pembanguna­n yang dirancang kerajaan melibatkan pembanguna­n untuk semua kaum yang ada di negeri ini.

Beliau menjelaska­n bahawa pelbagai pendekatan diambil, antaranya penubuhan agensi baharu di bawah kerajaan negeri seperti Agensi Pembanguna­n Hulu Rajang yang dipengerus­ikan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing dan Agensi Pembanguna­n Tanah Tinggi yang dipengerus­ikan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi.

“Ini pendekatan kita, bermakna kita ada perancanga­n untuk semua kaum tidak kira latar belakang mereka, jadi janganlah mempermain­kan isu perkauman dan agama kerana apa yang kita perlu fokus adalah pembanguna­n demi mengubah masyarakat kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ibadah Korban Perdana Takaful Ikhlas Berhad 2017 bersama Masjid Darul Hana Kampung Patingan di sini, pada Ahad.

Pada masa sama Abang Johari berkata bagi masyarakat Melayu pula, projek pembanguna­n perkampung­an moden Darul Hana juga sedang dilaksanak­an.

“Fasa satu dan dua projek ini akan bermula hujung tahun ini yang hanya memerlukan tempoh 36 bulan untuk siap dan apabila siap kelak penduduk kampung di sebarang hilir akan mendapat rumah mereka tanpa hutang,” jelasnya.

Selain itu, katanya projek Bangunan Berkembar Hikmah Exchange setinggi 22 tingkat di tapak Bina Mara juga sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada 2021 kelak.

Malah, menurutnya lagi, kerajaan negeri juga sedang merancang pembanguna­n baharu untuk masyarakat Cina termasuk melibatkan kawasan Padungan.

“Inilah perancanga­n kita dan saya yakin apabila Kuching berjaya ditransfor­masikan kita akan mempunyai negeri yang maju dan moden,” tambahnya.

Terdahulu, beliau mengingatk­an ibu bapa tidak mengabaika­n pendidikan anak-anak mereka kerana hanya melalui pendidikan dapat mengubah masa depan sesebuah masyarakat.

“Saya difahamkan Takaful Ikhlas mempunyai produk berkaitan pendidikan untuk anak-anak kita, jadi tidak mempunyai masalah untuk ibu bapa melaburkan sedikit wang demi memastikan masa depan anak-anak mereka terjamin,” ujarnya.

Hadir sama isteri Abang Johari, Datin Amar Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, Pengerusi Takaful Ikhlas Berhad Sharkawi Alis dan tetamu kehormat lain.

“Ini pendekatan kita, bermakna kita ada perancanga­n untuk semua kaum tidak kira latar belakang mereka, jadi janganlah mempermain­kan isu perkauman dan agama kerana apa yang kita perlu fokus adalah pembanguna­n demi mengubah masyarakat kita. DATUK AMAR ABANG JOHARI TUN ABANG OPENG Ketua Menteri

 ??  ?? ABANG JOHARI ditemani Juma’ani dan Sharkawi menyampaik­an agihan daging korban kepada penerima.
ABANG JOHARI ditemani Juma’ani dan Sharkawi menyampaik­an agihan daging korban kepada penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia