Utusan Borneo (Sabah)

Bantu anak rumah panjang lanjut pengajian ke IPT

-

SRI AMAN: Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis mahu setiap ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) di rumah panjang di negeri ini menubuhkan tabung khas pendidikan untuk anak-anak mereka.

Menurut beliau, penubuhan tabung pendidikan berkenaan bertujuan membantu anak di sesebuah rumah panjang yang berjaya dalam bidang pelajar melanjutka­n pengajian mereka ke institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini.

“Penubuhan tabung pendidikan bukan sahaja memberi keuntungan kepada anak kita di rumah panjang yang akan melanjutka­n pengajian malah memberi keuntungan kepada rumah panjang kita apabila mereka sudah berjaya kelak,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan Biro Wanita Taman Sentosa Indah Sri Aman di sebuah restoran terkemuka di sini, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Harden turut memberi penekanan kepada semua ahli JKKK di negeri ini agar sentiasa mengambil berat pendidikan anak masing-masing.

Katanya, sudah menjadi tanggungja­wab JKKK untuk menerangka­n kepada ahli mereka betapa pentingnya memberi pendidikan terbaik kepada anakanak mereka selain memberi fokus kepada agenda pembanguna­n lain.

Turut hadir Pengerusi JKKK Taman Perumahan berkenaan Terance Ajit Kana, ahli JKKK serta yang lain.

Pada majlis berkenaan, Harden turut mengumumka­n peruntukan kerajaan bagi tahun 2018 berjumlah RM4,000 kepada JKKK dan RM3,000 kepada Biro Wanita untuk tujuan menjalanka­n aktiviti tahunan mereka.

Dalam pada itu, Harden turut menyampaik­an insentif pelajar cemerlang kepada anak ahli JKKK yang berjaya dalam peperiksaa­n awam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia