Utusan Borneo (Sabah)

Pemuda PBB sudah bersedia menghadapi PRU

Pelbagai program telah diadakan oleh Pemuda PBB sehari selepas pilihan raya lepas, kata Fazzrudin

-

KUCHING: Jentera Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang dijangka diadakan selewat-lewatnya tahun depan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman berkata pelbagai program telah diadakan oleh Pemuda PBB sehari selepas pilihan raya lepas.

Antara program terbesar Pemuda adalah Armada Pemuda PBB yang melibatkan pelbagai bentuk program seperti kebajikan, sukan, ziarah dan banyak lagi untuk mendekati masyarakat.

“Seperti yang sering dikatakan oleh Ketua Pemuda Datuk Seri Fadillah Yusof, persediaan kita bermula sehari selepas pilihan raya yang lepas.

“Dan kita kini sudah berada pada tahap bersiap sedia, kerana kita tahu PRU akan diadakan selewat-lewatnya tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Korban Armada Pemuda PBB Zon Kuching di Masjid At-Taqwa, Kampung Pinang Jawa di sini semalam mewakili Fadillah.

Fadillah yang juga Menteri Kerja Raya dan Ahli Parlimen Petra Jaya kini berada di Mekah bagi menunaikan ibadah haji.

Berhubung kemungkina­n lebih ramai muka baharu akan ditampilka­n pada PRU nanti, Fazzrudin mewakili ahli Pemuda turut berharap lebih ramai muka baharu daripada kalangan Pemuda akan dicalonkan.

Bagaimanap­un, seperti tradisi dalam PBB, mereka menyerahka­n kepada pucuk pimpinan untuk memilih calon yang bersesuai dan berpotensi pada PRU nanti.

Bercakap mengenai majlis itu semalam, ia melibatkan ahli Pemuda PBB daripada 11 cawangan dalam zon Kuching bermula dari N.3 Tanjong Datu hingga N.14 Batu Kitang.

Sebanyak 14 ekor lembu dikorbanka­n untuk diagihkan kepada golongan asnaf dari 11 cawangan tersebut.

Seperti yang sering dikatakan oleh Ketua Pemuda Datuk Seri Fadillah Yusof, persediaan kita bermula sehari selepas pilihan raya yang lepas. Dan kita kini sudah berada pada tahap bersiap sedia, kerana kita tahu PRU akan diadakan selewat-lewatnya tahun depan. FAZZRUDIN ABDUL RAHMAN ADUN Tupong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia