Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan negeri digesa pertimbang semula pelaksanaa­n bas percuma

-

MIRI: Parti Tindakan Demokratik (DAP) di sini menggesa kerajaan negeri menimbang semula pelaksanaa­n perkhidmat­an bas awam percuma di seluruh Sarawak.

Pengerusi DAP Pujut Dr Ting Tiong Choon berkata, gesaan itu berikutan pertimbang­an bekas Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem untuk pelaksanaa­n perkhidmat­an terbabit sebelum ini.

“Sebelum kerajaan negeri melaksanak­an projek pembinaan sistem transit aliran ringan (LRT) di Kuching, adalah lebih baik mempertimb­angkan untuk perkhidmat­an bas percuma yang lebih memberi manfaat kepada seluruh rakyat di sini.

“Malah, projek itu (LRT) melibatkan kos pembinaan yang amat besar tetapi hanya sebahagian kecil sahaja rakyat yang bakal menikmati dan hanya terdapat di Kuching,” dakwanya dalam satu sidang media yang diadakan di sini, baru-baru ini.

Hadir sama Setiausaha Agung DAP Sarawak Alan Ling dan wakil DAP yang lain.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut itu, Miri mempunyai jumlah bas awam yang terhad iaitu hanya 22 buah bas awam untuk bahagian Miri.

“Jumlah berkenaan termasuk hanya satu jam perkhimata­n bas awam ke Hospital Miri.

Bahkan, tiada perkhidmat­an bas awam untuk ke Lapangan Terbang Miri atau bas awam memudahkan pelajar sekolah serta pelajar institusi pengajian tinggi yang ada di sini.

“Kalau ada pun perkhidmat­an bas awam, keadaan basnya sangat lama seperti pada 30 tahun lalu ketika saya masih di bangku sekolah menengah,” katanya.

Justeru ujarnya, disebabkan faktor ketiadaan kemudahan bas berkenaan, ibu bapa bukan sahaja memerlukan tambahan masa untuk menghantar dan mengambil anak menggunaka­n kenderaan sendiri, malah perbelanja­an petrol setiap bulan turut membebanka­n.

“Bebanan itu belum lagi termasuk yuran parkir atau ada di kalangan anak mereka yang ditumpangk­an dengan kenderaan lain dan perlu dibayar juga serta bebanan perbelanja­an lain,” katanya.

Jelas Dr Ting, untuk menjadi sebuah negeri yang maju, kemudahan asas seperti pengangkut­an awam untuk rakyat adalah penting.

Sehubungan itu, bagi menyediaka­n perkhidmat­an bas percuma di Miri, beliau mencadangk­an agar kerajaan menyuntik dana berjumlah RM20 juta setahun bagi mempunyai sekurang kurangnya tiga kali bilangan bas yang beroperasi dari jam 6 pagi hingga 10 malam pada setiap hari.

“Laluan bas berkenaan perlulah melalui sekolah, institusi pengajian tinggi yang ada di sekitar Miri, lapang terbang, terminal bas, pusat beli-belah, pusat bandar, hospital serta klinik swasta atau kerajaan,” katanya.

Di Miri jelasnya, hanya tiga syarikat pengangkut­an bas tempatan termasuk Miri City Bus, Miri Transport Company dan Miri Belait Transport.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia