Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan sedang mengkaji konsep Pusat Pengumpula­n Produk

-

GEDONG: Kerajaan negeri menerusi Kementeria­n Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan sedang mengkaji konsep Pusat Pengumpula­n Produk (PPP) yang diluluskan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Menteri Muda Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais berkata Ketua Menteri telah meluluskan pembinaan PPP di tiga kawasan iaitu Lawas, Tanjung Manis dan Samarahan.

“Pusat ini berpotensi menjadi lokasi mengumpul dan memasarkan produk-produk dari kawasan tersebut.

“Di situ juga penggredan, pembungkus­an dan pengedaran produk-produk keluaran Sarawak amnya dilakukan,” katanya dalam satu majlis di sini baru-baru ini.

N a rod e n yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong berkata pembinaan PPP di kawasan berkenaan akan memberi pilihan kepada usahawan dalam talian untuk menjalin kerjasama pernigaan dengan pusat-pusat ini.

Sehubungan itu beliau mengajak belia yang disifatkan sebagai ‘savy IT’ dan masih mencari pekerjaan agar menceburi perniagaan dalam talian.

“Kenapa tidak mulakan perniagaan secara dalam talian atau talian langsung menggunaka­n teknologi dan Internet yang sedia ada untuk menambah pendapatan kita.

“Gunakan kemahiran yang ada untuk membantu diri. Berbincang dengan usahawan yang ada mengenai bagaimana anda dapat membantu mengiklan, menjual dan menghantar produk ke pasaran,” katanya.

Tambahnya, setiap penjualan yang berjaya dibuat akan diikuti bayaran komisen dan ia merupakan salah satu sumber pendapatan yang sah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia