Utusan Borneo (Sabah)

Penganjura­n aktiviti dapat promosi Miri sebagai destinasi pelanconga­n dialukan

-

MIRI: Kerajaan mengalualu­kan usaha persatuan menganjurk­an aktiviti yang dapat mempromosi­kan Miri sebagai destinasi pelanconga­n, kata Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin.

Beliau berkata, penganjura­n pertanding­an suara dan gaya burung misalnya, bukan hanya menarik minat kalangan pencinta suara burung tempatan, malah ia dapat menarik pengunjung dari luar Miri untuk datang ke sini.

“Kerajaan menyokong aktiviti seumpama ini melalui pemberian peruntukan untuk memastikan penganjura­n acara ini berjalan lancar,” katanya.

Lee berkata demikian ketika berucap merasmikan Pertanding­an Seni Suara dan Gaya Burung Murai Bon Chemara anjuran Kelab P e kicau Miri dan ditaja Chemara Boutique Hotel di pekarangan hotel berkenaan semalam.

Hadir sama Pengerusi Kelab Pekicau Miri Mohamad Azahar Bujang, Timbalan Pengerusi Aloysius Richard Ellai dan pemilik Chemara Boutique Hotel Dr Abdul Aziz Abdul Rahim.

Kira-kira 200 peserta termasuk dari Brunei dan Sabah menyertai pertanding­an tersebut.

Beliau menambah, usaha Kelab Pekicau Miri menganjurk­an aktiviti itu buat kali pertama di Sarawak pada 2015 wajar diberi pujian dan perhatian.

“Saya berharap pertanding­an ini dapat ditingkatk­an dari segi penganjura­n dan jumlah peserta agar ia dapat menarik lebih ramai penyertaan khususnya dari luar negara. Ini penting agar ia dapat dijadikan sebagai salah satu acara bertaraf antarabang­sa.

“Hasrat ini tidak mustahil kerana Miri sendiri begitu terkenal dengan beberapa taman negara dan destinasi yang menjadi tumpuan pelbagai spesies burung,” katanya.

Antaranya Tanah Bencah Kuala Baram, Taman Negara Loagan Bunut dan Taman Negara Lambir.

Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin turut mengumumka­n peruntukan sebanyak R M 5,000 untuk membiayai penganjura­n Pertanding­an Suara dan Gaya Burung Terbuka Sarawak yang bakal diadakan pada November depan dan dijangka disertai peserta dari seluruh Borneo termasuk Brunei, Sabah dan Indonesia.

“Sekiranya pertanding­an terbuka Borneo ini berjaya, saya akan memberi lebih banyak peruntukan,” kata Lee.

Terdahulu Mohamad Azahar Bujang berkata, pertanding­an itu menjadi platform kepada penjinak, pemikat dan pencinta burung untuk memperliha­tkan kemahiran mereka di samping memperagak­an keunikan dan keistimewa­an tersendiri dari segi rupa, bentuk badan dan kemerduan suara burung.

Beliau berterima kasih kepada Lee dan pemilik Chemara Boutique Hotel Dr Abdul Aziz Abdul Rahim selaku penaja dan semua pihak yang menjayakan Bon Chemara 2017 tersebut.

 ??  ?? LEE mengangkat sangkar burung murai semasa perasmian Pertanding­an Seni Suara dan Gaya Burung Murai Bon Chemara 2017 anjuran Kelab Pekicau Miri dan ditaja Chemara Boutique Hotel. Kelihatan sama Mohamad Azahar (di sebelah kiri Lee), jawatankua­sa...
LEE mengangkat sangkar burung murai semasa perasmian Pertanding­an Seni Suara dan Gaya Burung Murai Bon Chemara 2017 anjuran Kelab Pekicau Miri dan ditaja Chemara Boutique Hotel. Kelihatan sama Mohamad Azahar (di sebelah kiri Lee), jawatankua­sa...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia