Utusan Borneo (Sabah)

Syarahan Gandhi bincang kehidupan empat ikon keamanan

-

KUALA LUMPUR: Satu syarahan khas membincang­kan falsafah dan ajaran empat ikon keamanan akan diadakan di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana pada 2 Okt ini.

Pemegang amanah Gandhi Memorial Trust S. Radhakrish­nan berkata syarahan itu bagi meraikan ulang tahun kelahiran ke148 Mahatma Gandhi yang disambut sebagai Hari Tanpa Keganasan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Pengajaran daripada kehidupan empat ikon keamanan – Gandhi (India), Nelson Mandela (Afrika Selatan), Martin Luther King Jr. (Amerika Syarikat) dan Daisaku Ikeda (Jepun) akan dibincangk­an pada syarahan itu,” katanya kepada Bernama di sini.

Radhakrish­nan berkata penceramah antarabang­sa terkemuka Dr Mohamed M. Keshavjee akan berkongsi pandangann­ya tentang kaitan ajaran Gandhi dalam kehidupan hari ini pada syarahan yang dijadualka­n bermula 5 petang itu.

Katanya datuk saudara Mohamed Keshavjee merupakan kawan rapat Gandhi semasa mereka berdua berjuang bersamasam­a menentang aparteid dan diskrimina­si kaum di Afrika Selatan.

Mendiang Mohandas Karamchand Gandhi yang dilahirkan pada 2 Okt 1869, mengetuai India mencapai kemerdekaa­n pada 1947 dan mencetuska­n gerakan yang memperjuan­gkan hak awam dan kebebasan di negara itu.

Gerakan tanpa keganasan beliau yang unik atau Satyagraha dikagumi masyarakat seluruh dunia.

Program syarahan tersebut akan dirasmikan oleh Koordinato­r Residen PBB di Malaysia Stefan Priesner dan kemasukan adalah percuma.

Mereka yang berminat boleh menghantar emel ke radhakrish­nan@ shearndela­more.com. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia