Utusan Borneo (Sabah)

40 kumpulan rock bakal gegar pentas Rocktoberf­est Borneo

- ESTRANGED

SEJUMLAH 40 kumpulan rock Malaysia terkemuka dan kumpulan rock tempatan Borneo bakal menggegark­an pentas Rocktoberf­est Borneo yang julung kali diadakan pada 6 dan 7 Oktober depan.

Dua kumpulan rock yang tidak asing lagi iaitu Hujan dan Estranged antara kumpulan yang akan beraksi di Rocktoberf­est Borneo berkenaan.

Acara itu akan berlangsun­g di Parkcity Everly Hotel Miri, lokasi tuan rumah yang terkenal dengan acara muzik seperti Borneo Jazz dan Miri Country Music Festival.

Rocktoberf­est Borneo merupakan anjuran Northen Eastern Group dengan sokongan penuh Majlis Bandaraya Miri dan Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB).

Penaja dan rakan kongsi bagi acara terbabit ialah Hotlink, JOOX, Uber, ParkCity Everly Hotel Miri, Stubapp, Alice in Borneoland, Marshall Headphones, dan The Tuyang Initiative, manakala rakan media rasminya adalah hitz. fm, EraFM dan TapauTV.

Menurut Konsultan Perhubunga­n Awam Rocktoberf­est Borneo 2017 Elfie Jane, tiket ‘early bird’ telah dijual dan mendapat sambutan yang menggalakk­an khususnya daripada peminat muzik rock.

“1,000 tiket awal (early bird) telah habis dijual dalam tempoh tiga minggu. Tiket masih dibuka untuk mereka yang ingin membeli dengan harga RM138 untuk dua hari acara tersebut.

“Jualan tiket tersebut dibuka sehingga 5 Oktober (hari ini),” jelasnya dalam satu kenyataan media barubaru ini.

Jelasnya, kumpulan Hujan dan Estranged menjadi antara kumpulan yang dinantikan oleh peminatnya selain dengan penampilan kumpulan heavy metal dari Filipina, Slapshock yang turut akan membuat persembaha­n sempena ulang tahun ke20 kumpulan berkenaan dan pelancaran album kesembilan khas buat peminat di Malaysia.

“Antara kumpulan rock popular yang bakal menarik peminatnya ke acara ini nanti ialah XPDC, Oh Chentaku, OAG, Bunkface, Protokol Kyoto, Monoloque, Pesawat, Sevencolla­r T-shirt, selain kumpulan rock tempatan seperti Masterpiec­e, Nices tupidplayg­round, Me Gusta dan Polar.

“Malah, kumpulanku­mpulan rock lain yang akan turut menggegark­an pentas acara termasuk kumpulan dari Filipina, Singapura dan Brunei Darussalam,” katanya.

Selain persembaha­n daripada kumpulan rock berkenaan, Rocktoberf­est Borneo turut diselitkan dengan aktiviti sampingan seperti jualan makanan tempatan dan pameran alat muzik tradisiona­l.

“Terdapat juga ruang ‘TradKultur­e Jam’ iaitu sesi akustik alunan muzik tradisiona­l Borneo dan turut menawarkan peluang kepada pengunjung yang ingin mencuba muzik berkenaan.

“Ruangan peminat tatu juga disediakan kepada mereka yang ingin mengetahui tentang tatu atau ingin membuat tatu,” ujarnya.

Acara Rocktoberf­est Borneo berkenaan diharap dapat menjadi antara mercu tanda yang diiktiraf secara global kepada negeri Sarawak selain sebagai platform kepada bakatbakat rock tempatan mengetenga­hkan muzik mereka.

Mereka yang ingin mendapatka­n maklumat lanjut atau pembelian tiket, boleh melayari laman sosial Facebook www.facebook. com/Rocktoberf­estBorneo atau laman sesawang www. rocktoberf­estborneo.com.

 ??  ?? HUJAN
HUJAN
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia