Utusan Borneo (Sabah)

17 kelab dijangka bersaing

Rebut Piala TYT sempena Ulangtahun Yang Di-Pertua Negeri Sabah

-

KOTA KINABALU: Kesemua 17 kelab golf di Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan dijangka akan mengambil bahagian pada Kejohanan Golf Antara Kelab Hari Keputeraan TYT 2017.

Kejohanan merebut Piala TYT bersempena Ulangtahun Yang Di-Pertua Negeri Sabah itu dijadualka­n berlangsun­g di Nexus Golf Resort Karambunai (NGRK) pada 23-24 September.

Presiden Persatuan Golf Sabah (SGA) Datuk George Bandusena semasa sidang media di rumah kelab NGRK pada Isnin berkata, setiap pasukan terdiri dari empat pemain Gross dan empat pemain Nett.

“Tiga keputusan terbaik individu akan dikira sebagai pencapaian pasukan sama ada untuk kategori Nett mahupun Gross.

“Tahun lalu, pasukan Borneo Golf and Country Club (BGCC) muncul selaku juara Gross, manakala pasukan tuan rumah Sandakan Golf and Country Club (SnGCC) menjuarai kategori Nett,” jelas beliau.

Selain kategori berpasukan, pasukan itu juga menawarkan hadiah untuk kategori individu gross, nett dan jemputan.

“Bagi pihak penganjur, saya merakamkan penghargaa­n kepada Nexus Karambunai (NGRK) kerana sudi menjadi tuan rumah untuk pertanding­an ini pada tahun ini.

“Matlamat kejohanan ini adalah untuk mengumpul para pemain terbaik dari kesemua 17 kelab-kelab yang bernaung di bawah SGA untuk membina kerjasama dan mengukuhka­n lagi jalinan persahabat­an antara satu dengan yang lain.

“Selain itu, SGA juga akan menggunaka­n ruang ini untuk mengenalpa­sti pemain-pemain berbakat untuk diserap ke dalam pasukan Piala SGA Sabah serta pasukan negeri.

“Kejohanan ini juga memberi peluang pada kelab-kelab di Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan untuk menjadi penganjur secara bergilir-gilir mengikut perkenan Yang Di-Pertua Negeri Sabah,” tambah George yang juga selaku pengerusi penganjur.

Pertanding­an hari pertama untuk kelabkelab yang bertanding akan berlangsun­g bermula 11.00 pagi secara `gun-shot’, diikuti Majlis Makan Malam dan Penyampaia­n Hadiah yang dijangka akan disempurna­kan oleh Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar bin Datuk Mahiruddin di Nexus Resort Spa Karambunai bermula 7.00 petang.

Pada hari kedua, Pertanding­an Jemputan TYT akan diadakan bermula 7.30 pagi diikuti Majlis Makan Tengahari dan Penyampaia­n Hadiah di Restoran NGRK.

Turut hadir di sidang media itu ialah Setiausaha Tetap, Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah (KBSS) Haji Awg Damit Ag Anak, Wakil Istana Negeri; ADC Lt. Kol. Herman Bombang, Pengarah Operasi Golf NGRK merangkap timbalan pengerusi penganjur Steven Cheah, Timbalan Presiden SGA merangkap pengarah pertanding­an Valerian Hansen Petrus, Naib Presiden SGA Maximillia­n Jr. Boijol, timbalan pengarah pertanding­an Ronnie Pancratius, Setiausaha Agung SGA Oswald Leong, serta para pegawai kanan dari SGA dan NGRK.

 ??  ?? MAXIMILLIA­N Jr. (depan dari kiri), Steven, Haji Awg Damit, George, Herman, Valerian, Mohamad Kulat dan Kifli Haji Aisoh bersama ahli jawatankua­sa penganjur Kejohanan Golf Antara Kelab Hari Keputeraan TYT 2017 semasa sidang media di rumah Kelab NGRK...
MAXIMILLIA­N Jr. (depan dari kiri), Steven, Haji Awg Damit, George, Herman, Valerian, Mohamad Kulat dan Kifli Haji Aisoh bersama ahli jawatankua­sa penganjur Kejohanan Golf Antara Kelab Hari Keputeraan TYT 2017 semasa sidang media di rumah Kelab NGRK...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia