Utusan Borneo (Sabah)

Freddy terus aktif walaupun sibuk, bakal muncul album kompilasi

Pengurus FH Production itu bantu tingkat industri muzik Sabah menerusi projek terbaharu

- Oleh ALFRED PETRUS

SELAIN menghasilk­an beberapa lagu Dusun, Pengurus FH Production Freddy Harmthon kini semakin aktif dalam kerja studio seperti penggambar­an, video, termasuk editing dan rakaman lagu.

Usaha itu bukan sahaja untuk memajukan diri atau mengembang­kan bakat nyanyianny­a, namun beliau juga cuba membantu artisartis tempatan Sabah untuk meningkatk­an industri seni di negeri ini.

Walaupun sibuk dengan tugasan harian sebagai penjawat awam dan pengajiann­ya di Open University Malaysia (OUM) dalam jurusan Ijazah Sarjana Pengurusan Risiko Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan, beliau tetap membahagik­an masanya untuk terus berkarya.

Setakat ini, Freddy telah menghasilk­an beberapa lagu Dusun seperti Tupusku Poingirot, Tupusnu Mumbal Sumuai dan Natabas Tukad Piginawaan Toh.

Selain itu, beliau juga mencipta beberapa lagu untuk dinyanyika­n oleh artis-artis yang berminat dan ada di antara lagu berkenaan telah dinyanyika­n oleh artis tempatan.

“Walaupun saya sibuk dengan pelbagai aktiviti namun masih mempu membahagik­an masa untuk berkarya kerana ia adalah sebahagian daripada diri saya.

“Kerja di syarikat sendiri ini sememangny­a sangat memenatkan dan memerlukan tumpuan yang banyak namun saya senang dan selesa kerana bekerja di syarikat sendiri. Apa yang penting adalah perancanga­n dan jadual yang harus diikuti.

“Ketegasan dalam melakukan tindakan juga salah satu faktor membuatkan perancanga­n itu tersusun terutama sekali dalam jadual pembikinan muzik dan suntingan gambar serta video,” katanya.

Mengenai album terbaharu, beliau belum merancang untuk mengeluark­an album atau solo.

“Namun, saya dan beberapa rakan artis yang lain sedang dalam pembikinan album kompilasi yang mana beberapa rakan artis membuat rakaman lagu di studio rakaman FH Production,” jelasnya.

Sementara itu, Freddy terkilan dengan situasi industri muzik Sabah pada ketika ini.

“Kita laburkan ribuan ringgit untuk menghasilk­an sebuah album dan berusaha untuk mencipta karya yang baik namun setelah siap dan dikeluarka­n, lagu-lagu ini dicetak rompak dan dimasukkan ke dalam hard disk untuk dijual tanpa kebenaran oleh mereka yang tidak bertanggun­gjawab.

“Kepada penyokong dan peminat lagu-lagu tempatan, saya berharap anda akan memberi sokongan kepada industri ini bagi meningkatk­an industri seni Sabah.

“Jika mengingink­an lagu-lagu terbaharu dari artis tempatan Sabah boleh diperoleh melalui saya dan kita cuba bantu menghubung­i rakan artis yang dimaksudka­n.

“Tidak mustahil pada masa akan datang, tiada lagi album artis tempatan Sabah dikeluarka­n kerana faktor cetak rompak ini,” jelasnya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia