Utusan Borneo (Sabah)

Bangladesh tak terdaya halang Rohingya, Suu Kyi dikecam

Suu Kyi dikecam antarabang­sa tatkala PBB sahkan 87,000 pelarian sudah lepasi sempadan

-

COX’S BAZAR: Sejumlah 87,000 pelarian Rohingya telah tiba di Bangladesh sejak keganasan meletus di negara jiran Myanmar pada 25 Ogos lalu, menurut Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) semalam, tatkala kritikan antarabang­sa memuncak terhadap Aung San Suu Kyi.

Ribuan minoriti Muslim yang tidak diiktiraf sebagai warganegar­a telah melarikan diri dari negara majoriti Buddha itu dan membanjiri sempadan sejak pusingan terbaharu pertempura­n meletus, sekali gus meningkatk­an tekanan ke atas kem-kem yang sudah sedia sesak di Bangladesh.

Kira-kira 20,000 lagi berkumpul di sempadan antara Bangladesh dan negeri barat Myanmar Rakhine menunggu kebenaran untuk masuk, menurut laporan PBB.

Dhaka meningkatk­an kawalan sempadan selepas pusingan terbaharu keganasan bermula 11 hari lalu, tetapi PBB berkata penduduk yang baharu tiba mengakui tiada cubaan untuk menghalang mereka daripada merentasi sempadan.

Seorang pengawal sempadan Bangladesh mengakui jumlah mereka yang terdesak untuk memasuki negara tersebut membuatkan usaha mengekang kemasukan mereka mustahil.

“Mereka lebih ramai daripada yang sebelum ini,” kata pengawal terbabit, merujuk kepada kebanjiran pelarian susulan keganasan sejak Oktober tahun lepas.

“Sekiranya ia berterusan, kita akan berdepan masalah serius.

“Tetapi mustahil untuk menghentik­an kemasukan mereka kerana terlalu ramai,” tambahnya.

PBB berkata, kebanyakan ketibaan baharu kini berada di kem buruk yang sudahpun menempatka­n ratusan ribu pelarian Rohingya di sekitar bandar pesisiran pantai Cox’s Bazar.

Namun ramai tidak mempu-nyai tempat perlindung­an daripada hujan monsun yang lebat dan wartawan AFP di lapangan mendapati ratusan pondok baharu telah dibina di pinggir kem luas itu sejak beberapa hari lalu.

“Hujan berterusan sejak minggu lepas dan kami perlu memastikan anak-anak kami selamat dan tidak jatuh sakit,” kata Amena Begum, seorang ibu yang baharu tiba bersama lima anaknya.

Pelarian yang ditemui di Cox’s Bazar mendakwa ahli keluarga mereka telah dibunuh beramai-ramai, manakala kampung mereka dibakar pasukan keselamata­n dan penduduk Buddha.

Pertempura­n terbaharu meletus apabila pemberonta­k Rohingya menyerang pos pemeriksaa­n keselamata­n.

Myanmar menuduh pemberonta­k Rohingya, yang digambarka­nnya sebagai ‘teroris Benggali’, membakar rumah penduduk Rohingya dan komuniti lain.

Suu Kyi, bekas tahanan politik junta Myanmar, dikecam hebat kerana enggan mengecam layanan terhadap Rohingya atau menegur junta.

Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi bertemu ketua tentera Myanmar Jeneral Min Aung Hlaing di Naypyidaw semalam untuk cuba menekan kerajaan agar meningkatk­an usaha untuk mengurangk­an krisis.

Tentera Myanmar berkata, hampir 400 maut sejak 11 hari lalu termasuk 370 yang didakwa pemberonta­k Rohingya.

Etnik Buddha Rakhine dan kumpulan puak lain juga antara yang maut dan menjadi pelarian selepas didakwa disasari pemberonta­k Rohingya.

Puluhan lagi mati ketika cuba merentasi Sungai Naf yang berarus deras di sempadan untuk ke Bangladesh.

Polis Bangladesh berkata semalam mayat seorang wanita Rohingya telah ditemui terdampar di tebing sungai, menyaksika­n jumlah mangsa lemas setakat ini mencecah 54.

Kebanyakan yang memasuki Bangladesh adalah kaum wanita, kanak-kanak dan lelaki tua, di mana kebanyakan pemuda berjuang di Rakhine.

Bangladesh sudahpun menempatka­n sekitar 400,000 Rohingya sebelum kemasukan terbaharu dan menegaskan enggan menerima mereka, namun kumpulan hak asasi manusia mengecamny­a sebagai melanggar tanggungja­wab antarabang­sa.

 ?? — Gambar Reuters ?? PELARIAN Rohingya berkumpul untuk mendapatka­n bekalan bantuan di Kutupalang dekat Cox’s Bazar, kelmarin.
— Gambar Reuters PELARIAN Rohingya berkumpul untuk mendapatka­n bekalan bantuan di Kutupalang dekat Cox’s Bazar, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia