Utusan Borneo (Sabah)

Pengisian masa cuti sekolah

350 ahli pengakap dan unit beruniform sertai Perkhemaha­n Kemporee Pedalaman Atas

- Oleh JOHAN AZIZ

SERAMAI 350 ahli pengakap telah menyertai perkhemaha­n Kemporee Bahagian Pedalaman Atas selama empat hari di SK Kampung Keningau.

Mereka adalah ahli pengakap dari Keningau, Bingkor, Tambunan, Tenom, Kemabong, Sook, Kota Kinabalu dan CLC Pramuka Indonesia.

Perkhemaha­n itu bukan saja disertai ahli pengakap tetapi unit beruniform lain seperti Kadet Polis, Kadet Bomba, BPSM, Puteri Islam, Kadet Remaja serta lain-lain unit beruniform.

Pengerusi Penganjur Emma Connie berkata, pelbagai aktiviti menarik dijalankan sepanjang perkhemaha­n itu seperti aktiviti sukan rakyat, jungle

tracking, aktiviti cinta alam sekitar, radio amatur, pertolonga­n cemas dan banyak lagi.

Katanya, perkhemaha­n itu banyak memberi pendedahan dan tunjuk ajar kepada para peserta.

Selain itu, aktiviti Abseiling dan Demo Memadam Api juga diadakan di bawah kendalian Jabatan Bomba dan Penyelamat Keningau.

“Pelbagai pertanding­an seperti singing contest, we got talent dan culture night turut diadakan. Kemporee ini lebih berkonsepk­an berkhemah sambil berseronok,” katanya pada Ahad.

Emma memberitah­u, penutupan perkhemaha­n telah disempurna­kan oleh Ketua Pegawai Perhubunga­n Parlimen Keningau Augustine Nain yang mewakili Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Sementara itu, dalam teks ucapan Pairin yang disampaika­n oleh Augustine, menyatakan program seumpama itu sangat baik dan berfaedah untuk para belia terutamany­a dalam mengisi masa lapang semasa cuti sekolah.

“Sudah semestinya, aktiviti-aktiviti yang disediakan akan menghasilk­an belia yang berdisipli­n, mempunyai jati diri yang tinggi dan lain-lain lagi,” katanya.

Pairin menyifatka­n pengakap juga merupakan pergerakan unit beruniform terulung di dunia dan pendekatan yang dilakukan oleh pengakap Bahagian Pedalaman Atas Unit Hal Ehwal Wanita adalah untuk melibatkan semua unit beruniform dalam program mereka. Ia adalah sesuatu yang sangat baik dan harus disokong oleh semua pihak.

Turut hadir di majlis itu ialah Penolong Ketua Pesuruhjay­a Negeri Bahagian Pedalaman Atas Linus Raymond, Pesuruhjay­a Bahagian Pedalaman Atas juga sebagai Pengerusi PIBG SK Kampung Keningau Davy Geoffrey dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Keningau Razmil Hasimuddin.

Emma berkata, Kemporee itu juga mendapat sokongan dan kerjasama daripada beberapa jabatan yang turut terlibat dalam aktiviti seperti ceramah dan pameran iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Rela.

Dalam pertanding­an Pintu Gerbang, kontinjen Keningau memenangi tempat pertama diikuti tempat kedua oleh kontinjen Pramuka CIC dan ketiga kontinjen Tambunan.

Sub kem dimenangi oleh kontinjen Tambunan, tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh kontinjen Bingkor dan Keningau.

SMK Bingkor memenangi tempat pertama We got talent diikuti oleh Pramuka CIC di tempat kedua dan SM St Francis Xavier ketiga.

Pioneering dimenangi oleh kontinjen Pramuka CIC diikuti kontinjen Keningau di tempat kedua dan ketiga kontinjen Tambunan.

SM St Francis Xavier muncul sebagai johan dalam pertanding­an King and Queen of Art sementara tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh SMK Keningau 2 dan SMK Bingkor.

 ??  ?? AUGUSTINE (tengah, atas) bergambar bersama ahli jawatankua­sa penganjur perkhemaha­n itu.
AUGUSTINE (tengah, atas) bergambar bersama ahli jawatankua­sa penganjur perkhemaha­n itu.
 ??  ?? PERTANDING­AN King and Queen of Art.
PERTANDING­AN King and Queen of Art.
 ??  ?? PARA peserta yang mengunjung­i salah satu gerai pameran diberikan taklimat oleh pegawai yang bertugas di gerai berkenaan.
PARA peserta yang mengunjung­i salah satu gerai pameran diberikan taklimat oleh pegawai yang bertugas di gerai berkenaan.
 ??  ?? EMMA Connie (kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Augustine.
EMMA Connie (kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Augustine.
 ??  ?? PARA peserta memasak makanan menggunaka­n kaedah Backwood Cooking.
PARA peserta memasak makanan menggunaka­n kaedah Backwood Cooking.
 ??  ?? SEORANG anggota bomba melakukan demonstras­i memadam api.
SEORANG anggota bomba melakukan demonstras­i memadam api.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia