Utusan Borneo (Sabah)

Valentino Mesa selamat dikebumi dengan penuh adat istiadat polis

-

SARATOK: Mayat mendiang Lans Koperal Valentino Mesa, 29, selamat dikebumika­n dengan penuh adat istiadat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di tanah perkuburan Saratok Memorial Hill, Bukit Perabun, pagi Ahad.

Mayat mendiang Lans Koperal Valentino Mesa dibawa menggunaka­n kenderaan polis tiba dari Rumah Maing Lubuk Besai, Entaih Entabai Julau, pada jam 9 pagi.

Sekitar 600 orang terdiri daripada keluarga dan sanak-saudara, pegawai dan anggota PDRM telah hadir pada majlis ini.

Pada majlis itu, turut diadakan upacara penyerahan Jalur Gemilang kepada balu mendiang Rossie Beti sambil disaksikan bapa mendiang, Mesa Ugong dan ahli keluarga lain.

Terdahulu mendiang Lans Koperal Valentino Mesa pada 31 Ogos lepas dilapor maut dipercayai ditembak dari jarak dekat termasuk kesan tetakan di bahagian kepala mangsa.

Mangsa ditemui tidak bernyawa oleh rakan setugas daripada Unit Peronda (MPV) yang pulang ke balai setelah melakukan rondaan, dalam keadaan tertirap berdekatan kaunter pertanyaan Balai Polis Pinggiran USJ Subang Jaya.

Mendiang telah berkhidmat dengan PDRM sejak 2009, sudah berkahwin namun belum mempunyai cahaya mata.

Turut hadir sama pada majlis pengebumia­n itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan merangkap Ahli Parlimen Saratok Tan Sri William Mawan Ikom, ADUN Meluan Rolland Duat Jubin, PT Pentadbira­n Ibu Pejabat Polis Kontenjen (IPK) Sarawak Superinten­den James Johnathan, SIO IPD Subang ASP Eddie Lau Lay Chuong, Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mordani Tanin, KPD Bintangor DSP MOhd Hafifi Mohd Salim, KPD Julau DSP Bidol Noyeng serta pegawai dan anggota PDRM yang lain.

 ??  ?? UPACARA pengebumia­n mendiang Lans Koperal Valentino Mesa berjalan lancar.
UPACARA pengebumia­n mendiang Lans Koperal Valentino Mesa berjalan lancar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia