Utusan Borneo (Sabah)

180 meriahkan ‘Fitness Workout Wonder’

- Oleh YAP SIONG HAN

SERAMAI 180 orang hadir memeriahka­n program ‘Fitness Workout Wonder’ yang dianjurkan oleh pusat beli-belah Centre Point Sabah bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2017, di Kota Kinabalu pada Ahad.

Pembantu Pengurus Jabatan Pemasaran Centre Point Sabah Megan Liu berkata, program yang diadakan selama empat hari itu bermula pada 31 Ogos sehingga 3 September berjaya menarik penyertaan dari sekitar Bandaraya Kota Kinabalu serta daerah lain di negeri ini.

“Workout Wonder adalah acara kemuncak kepada sambutan Hari Kemerdekaa­n peringkat Centre Point Sabah dengan memberikan tumpuan kepada kesedaran mengenai kecergasan.

“Faedah untuk sentiasa kelihatan cergas dan sihat selalunya dipandang ringan oleh masyarakat awam, oleh itu dalam usaha meningkatk­an kesedaran itu, Centre Point Sabah setuju untuk menganjurk­an program itu kepada para pelanggan pusat beli-belah ini dan juga seluruh masyarakat di Sabah,” katanya pada Isnin.

Megan berkata, pada 31 Ogos, program itu mendapat sokongan daripada Kimora dan New York Fitness, sementara pada 1 dan 2 September, satu pertanding­an Crossfit diadakan dengan bantuan Bearbox Fitness dan Grit FX Functional Fitness Sandakan.

Katanya, acara yang diadakan pada dua hari itu disertai oleh 49 atlet yang mempunyai daya ketahanan tinggi dalam bidang masing-masing.

“Program itu turut disertai oleh atlet dari seluruh Sabah khususnya dari pasukan Px5, X45, Bearbox, Sokid dan banyak lagi.

“Yuran penyertaan dikenakan untuk setiap peserta. Bagaimanap­un, mereka layak untuk menebus kemeja T sewaktu pendaftara­n,” katanya.

Selain itu katanya, terdapat juga sesi cabutan bertuah untuk para pelanggan pusat beli-belah itu dan juga peserta acara berkenaan.

 ??  ?? ANTARA peserta wanita yang memenangi acara dalam kategori yang dipertandi­ngkan.
ANTARA peserta wanita yang memenangi acara dalam kategori yang dipertandi­ngkan.
 ??  ?? PARA peserta Fitness Workout Wonder merakam gambar kenangan pada program itu.
PARA peserta Fitness Workout Wonder merakam gambar kenangan pada program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia