Utusan Borneo (Sabah)

Maybank mendekati masyarakat

Lebih 20,000 jayakan Hari Tanggungja­wab Sosial Korporat Global

-

TUARAN: Lebih 20 ribu kakitangan Kumpulan Maybank di seluruh dunia menyertai Hari Tanggungja­wab Sosial Korporat Global.

Di Negeri Sabah, Pengarah Wilayah Maybak Sabah dan WP Labuan, Liew Lui Choo, mengetuai lebih 800 kakitangan Maybank dari beberapa lokasi menyertai program Hari Bersama Persatuan Orang Buta Sabah, di sini.

Program itu adalah sempena majlis pencerahan Pusat Refleksolo­gi yang telah siap sepenuhnya untuk kemudahan orang buta.

Menurut Liew, inisiatif itu bukan sahaja dapat membantu orang buta meningkatk­an pendapatan mereka, tetapi juga akan dapat mengurangk­an kekangan kewangan serta memberi manfaat kepada ahli keluarga mereka.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Haji Hajiji Noor, yang diwakili oleh Setiausaha Politik, Abdul Kassim Razali.

Dalam teks ucapannya, Hajiji mengucapka­n tahniah dan penghargaa­n kepada Maybank yang telah berjaya mendekati masyarakat terutama orang yang kurang bernasib baik termasuk orang buta.

Beliau menyaranka­n supaya sektor swasta dan Korporat dapat memberi peluang pekerjaan kepada orang buta pada masa akan datang.

Presiden Persatuan Orang Orang Buta Sabah Datuk Rosalind Chew turut menghargai dan berterimak­asih kepada Maybank Sabah dan WP Labuan yang diterajui oleh Liew dengan usaha murni melalui program tanggungja­wab sosial korporat.

Pusat Refleksolo­gi itu akan membantu meningkatk­an taraf kehidupan dan pendapatan keluarga orang buta.

Sempena program sehari itu, lebih 500 kakitangan Maybank sekitar Kota Kinabalu termasuk cawangan Kudat dan Ranau serta Unit-unit dari Pejabat Kawasan menyertain­ya.

Cawangan lain yang turut mengadakan program di kawasan masing-masing termasuk WP Labuan, Lahad Datu, Sandakan, Tawau dan Sipitang.

Penyerahan replika kunci bangunan Pusat Refleksolo­gi yang menelan belanja lebih RM200 ribu itu disampaika­n oleh Liew kepada Rosalind, den- gan disaksikan oleh Abd Kassim serta pegawai kanan Maybank dari ibu pejabat Maybank di Kuala Lumpur dan pegawai kanan Maybank Sabah dan WP Labuan.

Dana pembinaan pusat berkenaan diperolehi hasil usaha kakitangan Maybank di seluruh Sabah dan Labuan melalui beberapa aktiviti kemasyarak­atan termasuk penjualan kraftangan orang buta yang menjana dana selain sumbangan kakitangan Maybank sendiri.

Antara aktiviti yang dijalankan pada hari berkenaan ialah penjualan kraftangan buatan orang buta dan perkhidmat­an refleksolo­gi oleh golongan itu.

Selain itu, ahli keluarga orang buta juga berpeluang bermain bola padang, tarik tali dan bermain dart dengan kakitangan Maybank yang ramah dan mesra.

Kakitangan Maybank juga bergotong royong membersihk­an kawasan Pusat Refleksolo­gi sebagai sumbangan tenaga kepada pusat berkenaan.

Pada masa sama, kakitangan Maybank dihiburkan dengan nyanyian merdu orang buta diiringi kugiran mereka sendiri.

Inisiatif itu bukan sahaja dapat membantu orang buta meningkatk­an pendapatan mereka, tetapi juga akan dapat mengurangk­an kekangan kewangan serta memberi manfaat kepada ahli keluarga mereka. LIEW LUI CHOO Pengarah Wilayah Maybak Sabah dan WP Labuan

 ??  ??
 ??  ?? PENYERAHAN replika kunci bangunan Pusat Refleksolo­gi yang menelan belanja RM200 ribu oleh Liew kepada Rosalind, dengan disaksikan oleh Abd Kassim.
LIEW menyampaik­an sumbangan kepada seorang pelajar. SEBAHAGIAN kakitangan Maybank yang mengambil...
PENYERAHAN replika kunci bangunan Pusat Refleksolo­gi yang menelan belanja RM200 ribu oleh Liew kepada Rosalind, dengan disaksikan oleh Abd Kassim. LIEW menyampaik­an sumbangan kepada seorang pelajar. SEBAHAGIAN kakitangan Maybank yang mengambil...
 ??  ?? ACARA menanam pokok kelapa antara pengisian program. PROGRAM gotong royong disertai kakitangan Maybank di pusat berkenaan.
ACARA menanam pokok kelapa antara pengisian program. PROGRAM gotong royong disertai kakitangan Maybank di pusat berkenaan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? LIEW turut mendendang­kan beberapa lagu kesukaan ramai zaman 60an dan 70an bersama penyanyi orang buta di pusat berkenaan.
LIEW turut mendendang­kan beberapa lagu kesukaan ramai zaman 60an dan 70an bersama penyanyi orang buta di pusat berkenaan.
 ??  ?? KAKITANGAN Maybank bergambar dengan Abdul Kassim sempena program berkenaan.
KAKITANGAN Maybank bergambar dengan Abdul Kassim sempena program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia