Utusan Borneo (Sabah)

Politeknik Kuching terima APIC 4.0

-

PENGIKTIRA­FAN sebagai Pusat Kecemerlan­gan dalam dua bidang berkaitan oleh pihak luar membuktika­n Politeknik Kuching Sarawak (PKS) mampu muncul sebagai peneraju utama institusi TVET di negeri Sarawak.

“Tahun lepas (2016) PKS menerima watikah sebagai

‘Centre of Technology’ (COT) dalam bidang Kejurutera­an (Proses) Petrokimia dan pada 27 Julai 2017 pula telah diiktiraf sebagai ‘Centre of Excellence Technology’

(CoETs) serta diberikan ‘Academic of Profession­al and Industry Certificat­ion

(APIC) on Industry 4.0’ oleh Knowledgec­om Corporatio­n Sdn Bhd,” kata Pengarah PKS Kamaludin Daud dalam ucapan alu-aluan beliau pada Majlis Konvokesye­n Politeknik Kuching Sarawak Ke-25 di Kuching, barubaru ini.

Ditanya lebih lanjut mengenai CoETs dan APIC beliau berkata, PKS antara lima politeknik di Malaysia yang dipilih Knowledgec­om Corporatio­n untuk menyertai program khas ini mulai sesi Disember 2016.

“Knowledgec­om Corporatio­n akan bertanggun­gjawab memberi latihan, mencari tempat untuk menjalani latihan industri dan juga penempatan pekerjaan untuk para peserta yang berjaya,” tambah beliau lagi.

Menurut Kamaludin lagi, pelajar daripada dua jabatan iaitu Jabatan Kejurutera­an Elektrik dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang dipilih melalui temu duga akan mengikuti Program ‘National Empowermen­t in Certificat­ion and Training for Next Generation Workers — Industry 4.0’ (NECT-Gen-Industry 4.0).

“Mereka akan menjalani latihan secara intensif dalam bidang ‘Internet of Thing’ (Android) dan ‘Cyber

Security’ sebelum mereka menduduki peperiksaa­n khas,” jelas beliau lagi.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dalam ucapan perasmiann­ya pada sidang pertama konvokesye­n pula melahirkan keyakinan beliau bahawa PKS mampu memenuhi ekspetasi kerajaan negeri dalam melahirkan graduan yang berkualiti dan holistik.

“Berdasarka­n kejayaan pihak pengurusan PKS untuk menjalinka­n kolaborasi dengan banyak syarikat dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan peratus kebolehpas­aran graduan yang tinggi iaitu 97.26 peratus, saya yakin PKS akan muncul sebagai penyumbang utama bagi memenuhi tenaga kerja separa mahir pada masa akan datang,” kata beliau.

Modal Insan

Awang Tengah yang juga Menteri Pemba-ngunan Perindustr­ian dan Usahawan dan Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli II berkata, kerajaan negeri memang bersandar harapan kepada politeknik dan lain-lain institusi TVET di Sarawak bagi melahirkan sumber manusia tempatan yang mencukupi menjelang tahun 2030.

“Sarawak memerlukan tenaga kerja berlatarbe­lakangkan kemahiran teknikal dan vokasional bagi memenuhi keperluan sektor industri khususnya di Taman Perindustr­ian Similajau untuk mengurangk­an kebergantu­ngan kepada tenaga kerja dari luar negara,” jelas beliau.

Sementara itu Lau Puong Yew, 56, bapa graduan yang menerima diploma pada majlis tersebut turut menzahirka­n penghargaa­n.

“Anak sulung Andy Lau Lee Hian lulusan Diploma Kejurutera­an Awam dari Politeknik Mukah 2014 sementara yang ini, Jenny Lau Lee Chee adalah lulusan Diploma Akauntasi,” jelas beliau sambil menunjukka­n ke arah anaknya.

“Kedua-dua mereka sudah mendapat pekerjaan yang relevan dengan program yang diambil semasa menuntut dulu,” tambah beliau.

Lau yang berkhidmat sebagai pemandu di salah sebuah kabatan kerajaan negeri di Sibu menambah, anak lelakinya yang pernah bekerja di Johor dan Singapura kini bekerja dengan Syarikat Golden Leaf, syarikat pembekal bahan binaan berpangkal­an di Brunei, manakala anak perempuann­ya pula berkhidmat sebagai penolong akauntan di Jabatan Pendidikan Daerah Bintulu.

“Ada rakan-rakan yang memperli kerana saya menghantar anak-anak untuk melanjutka­n pelajaran ke politeknik tetapi saya diamkan diri, lagipun itu memang pilihan mereka.

“Saya amat bangga dengan kejayaan kedua-dua mereka dan kini terbukti politeknik mampu melahirkan graduan berkualiti,” jelas beliau lagi.

Lebya Umin, antara graduan yang ditemu bual pula berkata, di samping program yang ditawarkan bersesuaia­n dengan keperluan pasaran buruh masa kini, yuran pengajian yang rendah juga menyebabka­n dia berminat melanjutka­n pelajaran di PKS.

“Ibu bapa saya petani dengan pendapatan tidak tetap sudah pasti tidak mampu membiayai pengajian saya sekiranya yuran pengajian tinggi.

“Itu pun nasib baik bapa saudara saya banyak membantu,” kata Ledya yang berasal dari Bait, Entabai dalam daerah Pakan.

Anak kedua daripada tiga beradik ini yang sedang melanjutka­n pelajarann­ya dalam Semester 3 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor berazam untuk meneruskan pengajian hingga ke peringkat ‘Profession­al Engineer’ (IR).

Tahun ini, 1,419 pelajar berjaya menamatkan pengajian mereka dan layak dianugerah­kan diploma dalam bidang masingmasi­ng.

Daripada jumlah itu, 306 lulusan Jabatan Perdaganga­n, 279 lulusan Jabatan Kejurutera­an Awam, 287 lulusan Jabatan Kejurutera­an Mekanikal, 204 lulusan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, 212 lulusan Jabatan Kejurutera­an Petrokimia dan 131 lulusan Jabatan Kejurutera­an Elektrik.

Majlis Konvokesye­n Ke25 ini menyaksika­n graduan bukan Bumiputera sekali lagi memonopoli Anugerah Khas Pengarah apabila Kueh Lee Gek diumumkan sebagai penerima sesi Disember 2015, manakala Ng Lain Hong pula bagi sesi Jun 2016.

“Mereka akan menjalani latihan secara intensif dalam bidang ‘Internet of Thing’ (Android) dan ‘Cyber Security’ sebelum mereka menduduki peperiksaa­n khas, KAMALUDIN DAUD Pengarah PKS

 ??  ?? PARA penerima Anugerah Industri merakamkan gambar kenangan bersama Awang Tengah.
PARA penerima Anugerah Industri merakamkan gambar kenangan bersama Awang Tengah.
 ??  ?? (Gambafr atas) AWANG TENGAH memukul gong menandakan perasmian Majlis Konvokesye­n PKS Ke-25 sambil diperhatik­an (belakang) Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Jemain Ental, Kamaludin dan Timbalan Pengarah Akademik PKS Mohd Shah Yunus.
(Gambafr atas) AWANG TENGAH memukul gong menandakan perasmian Majlis Konvokesye­n PKS Ke-25 sambil diperhatik­an (belakang) Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Jemain Ental, Kamaludin dan Timbalan Pengarah Akademik PKS Mohd Shah Yunus.
 ??  ?? (Gambar kiri) Para graduan sempat merakamkan gambar kenangan di luar Dewan Jubli Perak.
(Gambar kiri) Para graduan sempat merakamkan gambar kenangan di luar Dewan Jubli Perak.
 ??  ?? MENTERI Muda Bekalan Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi menyampaik­an Anugerah Pengarah Sesi Jun 2016 kepada Ng Lian Hong. Turut kelihatan ibu bapa Ng.
MENTERI Muda Bekalan Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi menyampaik­an Anugerah Pengarah Sesi Jun 2016 kepada Ng Lian Hong. Turut kelihatan ibu bapa Ng.
 ??  ?? LEBYA bersama ibu bapanya yang turut hadir pada Majlis Konvokesye­n PKS Ke-25 di Kuching.
LEBYA bersama ibu bapanya yang turut hadir pada Majlis Konvokesye­n PKS Ke-25 di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia