Utusan Borneo (Sabah)

SMK Matang Hilir jayakan perkhemaha­n perdana

-

LEBIH 100 pelajar menyertai Perkhemaha­n Perdana Pasukan Unit Beruniform Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang Hilir Ke-5 2017 di Pusat Latihan Pertahanan Awam Malaysia (PUSPA) Sarawak di Kuching pada 11 hingga 13 Ogos lalu.

Program anjuran Unit Kokurikulu­m SMK Matang Hilir dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dikendalik­an Penolong Kanan Unit Kokurikulu­m Sejali Basri dan dibantu guru Irwan Morni.

Antara Pasukan Unit Beruniform yang terlibat adalah Kor Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah, Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pengakap, Pandu Puteri, Pergerakan Puteri Islam Malaysia, Persatuan Bulan sabit Merah Malaysia, Silat Helang Putih Perkasa dan Tang Soo Do.

Aktiviti disertai 111 pelajar tingkatan satu, dua dan empat itu menyasar untuk melahirkan ahliahli berdisipli­n dan bersemanga­t juang untuk memastikan kecemerlan­gan seimbang dalam bidang kokurikulu­m dan kurikulum.

Ia juga untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli tentang aspek perkhemaha­n secara menyeluruh, memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatk­an motivasi dan keyakinan diri setiap peserta dan menggalakk­an integrasi nasional, memahami kebudayaan dan kepercayaa­n yang pelbagai serta menghormat­i pegangan masing-masing.

Antara aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang perkhemaha­n tersebut ialah ‘Siapa Kami’, ‘I

Am Me’, ‘Surat Layang’, Pertanding­an Masakan Rimba, ‘Find Me’, ‘Talent

Night’ dan ‘Lift Me Up’. Majlis penutupan disempurna­kan pengetua sekolah Wahab Bujang.

 ??  ?? ANTARA pelajar yang menyertai perkhemaha­n berkenaan.
ANTARA pelajar yang menyertai perkhemaha­n berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia