Utusan Borneo (Sabah)

UPP Batang Ai anjur sambutan Hari Kemerdekaa­n 2017

-

LUBOK ANTU: Cabang baharu Parti Rakyat Bersatu (UPP) Batang Ai telah menganjurk­an sambutan Hari Kemerdekaa­n 2017 yang diadakan di Dewan Serba Guna Rumah Ngali Lingoh, Wong Pandak, Lubok Antu baru-baru ini.

Majlis julung kali anjuran cabang parti itu yang baharu menapak di Batang Ai berjaya menghimpun­kan sekitar 100 tetamu dari Wong Pandak serta kawasan sekitar terutama ahli baharu UPP.

Menurut penganjur yang juga Pengerusi UPP Batang Ai Jimbat Bang, pihaknya berasa teruja kerana walaupun program mereka dibuat dalam keadaan ringkas namun sambutan daripada ahli UPP dan masyarakat sekitar Wong Pandak di luar jangkaan.

“Terima kasih kepada semua yang datang kerana walaupun tanpa dihadiri tetamu VIP serta liputan meluas, namun kehadiran ahli baharu UPP serta masyarakat sekitar Wong Pandak tidak menghampak­an,” katanya.

Bercakap lanjut, beliau berkata setakat ini ahli UPP Batang Ai kini mencecah 1,000 orang dan bilangan itu dijangka bertambah dalam sedikit waktu lagi memandangk­an pihaknya masih menerima permohonan keahlian terutama mereka yang tidak berparti sebelum ini.

“Saya menjangkak­an sasaran kami iaitu 1,300 orang mampu dicapai dengan melihat saban hari ada individu atau kumpulan mengambil borang untuk menyertai parti ini dan ia sesuatu yang sangat positif dan baik untuk UPP dan Barisan Nasional (BN) secara keseluruha­nnya.

“Kebanyakan ahli baharu itu terdiri daripada mereka yang tidak berparti, pengundi atas pagar selain penyokong parti lawan yang tertarik dengan perjuangan UPP yang mengamalka­n ketelusan dalam pengurusan parti serta mengutamak­an kebajikan rakyat,” tegasnya.

Mengenai sambutan Hari Kemerderka­an 2017, Jimbat berkata parti mengambil inisiatif meraikan hari tersebut memandangk­an hari tersebut begitu istimewa di hati rakyat Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.

“Kami percaya sambutan Hari Kemerdekaa­n kali ini adalah medan terbaik untuk kami menonjolka­n diri di kalangan awam selain mempromosi­kan perpaduan dan hubungan silaturahi­m sesama ahli parti dan rakyat di bahagian ini,” katanya.

Tambahnya, selepas ini mereka merancang untuk mengadakan sambutan tahun baharu bersama ahli UPP Batang Ai dan tempat penganjura­n program akan dimaklumka­n selepas berbincang dengan pihak pengurusan tertinggi parti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia