Utusan Borneo (Sabah)

Putra United juara Piala Pairin 2017

- Oleh DELLROY

TAMBUNAN: Putra United dari daerah Kota Belud muncul juara pada pertanding­an merebut Piala Tan Sri Joseph Pairin Kitingan selepas membenam Luton Fc dari daerah Tambunan 3-1.

Ketiga-tiga gol kemenangan Putra United FC ini dijaringka­n oleh pemain penyerang Sharudin Yakub di minit 37,53 dan 58.

Pasukan juara ini dibawah bimbingan Matlan Marjan membawa pulang wang tunai berjumlah RM 21,000, piala dan medal.

Manakala naib juara Luton Fc membawa pulang wang tunai berjumlah RM12,000,piala dan medal.

Sementara itu bagi, pemenang tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi Barracuda Pensiangan FC dari daerah Nabawan dan ST Labuan dari wilayah Persekutua­n Labuan.

Pemenang tempat ketiga dan keempat ini masingmasi­ng turut membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 8,000 dan RM5,000 berserta piala dan medal.

Manakala bagi anugerah pemain terbaik telah dinobatkan kepada pemain dari pasukan Putra United FC Sharudin Yakub.

Bagi anugerah pasukan terbaik dan penjaring terbanyak telah dinobatkan kepada ST Labuan dari Wilayah Persekutua­n Labuan dan Paskalis Ullun Meman dari Penjara FC yang yang menjaringk­an 14 golsepanja­ng pertanding­an tersebut.

Kesemua anugerah ini masing-masing turut membawa pulang wang tunai RM500 dan trofi.

Pertanding­an ini melibatkan 19 pasukan yang diadakan sejak bulan Mac lalu di kompleks sukan di sini yang merupakan salah satu pengisian aktiviti sempena Tahun Melawat Tambunan 2017.

 ??  ?? LUTON FC bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Safa Tambunan Thomas Logijing, merakamkan gambar kenangan.
LUTON FC bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Safa Tambunan Thomas Logijing, merakamkan gambar kenangan.
 ??  ?? PEMIMPIN Pembanguna­n Masyarakat PPM Tambunan Severinus Bruno menyampaik­an anugerah pemain terbaik kepada Sharudin.
PEMIMPIN Pembanguna­n Masyarakat PPM Tambunan Severinus Bruno menyampaik­an anugerah pemain terbaik kepada Sharudin.
 ??  ?? PUTRA United FC mengabadik­an gambar kenangan selepas dinobatkan juara.
PUTRA United FC mengabadik­an gambar kenangan selepas dinobatkan juara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia