Utusan Borneo (Sabah)

PTHS lakar sejarah gemilang

Muncul juara sulung Kejohanan Bola Baling Wanita Terbuka Sabah 2017

- Oleh SALMAN ABADI

PUTATAN: Pasukan ‘Projek Team Handball Sabah’ (PTHS) muncul juara Kejohanan Bola Baling Wanita Terbuka Sabah Edisi Pertama 2017 yang berlangsun­g di Dewan Juara Sport Arena, Kampung Ketiau Putatan baru-baru ini.

Kejohanan edisi sulung itu dianjurkan bersama oleh Persatuan Bola Baling Negeri Sabah atau Sabah Handball Associatio­n (SABHA) dengan kerjasama Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) Negeri Sabah.

Pasukan PTHS menewaskan Persatuan Bola Baling (PBB) Sandakan dengan kemenangan tipis 5 - 4 pada perlawanan akhir menarik dan mendebarka­n, sekali gus melakar sejarah sebagai juara sulung dalam penganjura­n kejohanan itu.

Kedua-dua pasukan beraksi cemerlang dengan mempamerka­n corak permainan yang menarik dan sentiasa berbalas serangan, namun kelebihan pengalaman memihak kepada pasukan PTHS untuk muncul juara kejohanan itu.

Perlawanan itu merupakan pertemuan kali kedua selepas kedua-dua pasukan beraksi di peringkat saingan liga kumpulan yang berada dalam kumpulan yang sama dengan keputusan PTHS menang tipis 3 – 2 ke atas pasukan PBB Sandakan.

Tempat ketiga dimenangi pasukan Nabalu Women Handball Club yang menewaskan pasukan Kalawon Handball Team dengan kemenangan 5 – 3 pada perlawanan penentuan tempat ketiga.

Terdahulu, PTHS yang dibimbing jurulatih Abdul Rahman Mohd Taib mara ke perlawanan selepas membelasah Nabalu Women Handball Club 10 – 0 di peringkat separuh akhir, manakala PBB Sandakan menyingkir­kan Kalawon Handball Team 7 – 1 dalam satu lagi perlawanan akhir.

Selaku juara, pasukan PHTS menerima hadiah wang tunai RM1,000, piala iringan, medal dan set jersi serta sijil penyertaan, manakala naib johan menerima hadiah wang tunai RM700, piala iringan, medal dan sijil.

Tempat ketiga dan keempat masing-masing menerima hadiah wang tunai RM500 dan RM250 di samping piala, medal dan sijil penyertaan.

Empat pasukan lain yang turut menyertai kejohanan itu Reborn Legacy KK, Persatuan Bola Baling Kota Kinabalu, Sepakat Handball Team dan Persatuan Bola Baling Papar.

Setiausaha Agung SABHA, Mohd Yahde Awang Matusin berkata, kejohanan tiga hari itu mendapat sambutan menggalakk­an dengan penyertaan lapan kesemuanya dari beberapa daerah di Sabah.

Katanya, kejohanan itu antara lain bermatlama­t untuk memperkena­l dan mempopular­kan sukan bola baling di Sabah kepada masyarakat umum memandangk­an pada masa kini, sukan ini kurang dikenali ramai kerana hanya popular dalam kalansekol­ah gan pelajar sahaja. Justeru katanya, penganjura­n kejohanan ini diharap dapat menaikkan nama sukan bola baling setanding dengan sukan berpasukan yang lain seperti bola sepak, bola tampar, bola jaring dan sebagainya. “Penganjura­n kejohanan ini

juga bertujuan memupuk semangat sepasukan dalam kalangan pemain melalui aktiviti sukan dan rekreasi yang menyihatka­n di samping memupuk perpaduan masyarakat”, katanya kepada Sukan Utusan Borneo.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk menonjolka­n dan memperkena­lkan lagi sukan bola baling dengan lebih dekat kepada masyarakat khususnya di negeri Sabah. Dalam masa yang sama, kejohanan itu dapat menzahirka­n harapan agar sukan bola baling dapat disenaraik­an sebagai acara pertanding­an pada Kejohanan Sabah Games (Saga) di Sandakan hujung tahun ini dan juga Kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) 2018 di Perak. Mohd Yahde yang juga Pegawai Unit Sukan dan Kokurikulu­m Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Papar, berharap setiap daerah di 26 daerah di Sabah dapat menubuhkan Persatuan Bola Baling daerah masing-masing sebagai cawangan di bawah Persatuan Bola Baling Negeri Sabah yang telahpun ditubuhkan sejak Mei 2013.

“Setakat ini, baru lima daerah yang telah menubuhkan Persatuan Bola Baling Daerah iaitu Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Papar dan Keningau”, jelasnya.

Katanya, pada masa kini Presiden Bola Baling Negeri Sabah (SABHA) ialah Vijaya Kumar A/L Arumugam, Ali Hussin Mohd Said (Timbalan Presiden), Mohd Yahde Ag Matusin (Setiausaha Agung) dan Abd Rahman Mohd Taib sebagai Bendahari Kehormat SABHA, manakala Mohd Jat Maaripat bertindak selaku Penasihat SABHA.

Majlis perasmian penutupan dan penyampaia­n hadiah kejohanan itu disempurna­kan oleh Setiausaha Tetap (SUT) Kementeria­n Belia dan Sukan Negeri Sabah, Haji Awang Damit Haji Awang Anak.

Turut hadir ialah Ketua Penolong Setiausaha KBS Negeri Sabah Razali Mohd Zinin, Penyelaras Sukan Bola Baling MSS Sabah yang juga Pegawai Unit Sukan, Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n (SPK) JPN Sabah Abdul Hakim Ag Ali dan Pengarah Kejohanan yang juga bekas Ahli Parlimen Belia Malaysia, Ag Ku Mohd Zulfadhli Haji Pg Jaafar.

 ??  ??
 ??  ?? SALAH satu aksi menarik pertembung­an pemain PTHS (kanan) dan PBB Sandakan. PEMAIN Nabalu Women Handball Club dikepung tiga pemain pasukan Kalawon Handball Team.
SALAH satu aksi menarik pertembung­an pemain PTHS (kanan) dan PBB Sandakan. PEMAIN Nabalu Women Handball Club dikepung tiga pemain pasukan Kalawon Handball Team.
 ??  ?? AWANG Damit (enam kiri) menyampaik­an piala johan kepada pengurus pasukan PTHS Abdul Rahman (tiga kanan) sambil diiringi Razali (empat kiri), Mohd Zulfadhli, Abd Hakim dan Ali Hussin bersama para pemain PTHS.
AWANG Damit (enam kiri) menyampaik­an piala johan kepada pengurus pasukan PTHS Abdul Rahman (tiga kanan) sambil diiringi Razali (empat kiri), Mohd Zulfadhli, Abd Hakim dan Ali Hussin bersama para pemain PTHS.
 ??  ?? (Gambar kanan) PASUKAN PBB Sandakan (naib johan) menerima hadiah disampaika­n Haji Awang Damit.
(Gambar kanan) PASUKAN PBB Sandakan (naib johan) menerima hadiah disampaika­n Haji Awang Damit.
 ??  ?? (Gambar kiri) AWANG Damit menyampaik­an medal dan sijil kepada semua peserta (pemain) kejohanan itu.
(Gambar kiri) AWANG Damit menyampaik­an medal dan sijil kepada semua peserta (pemain) kejohanan itu.
 ??  ?? PEMAIN PTHS berusaha melepasi halangan pemain PBB Sandakan untuk menjaringk­an gol pada aksi final.
PEMAIN PTHS berusaha melepasi halangan pemain PBB Sandakan untuk menjaringk­an gol pada aksi final.
 ??  ?? PASUKAN Kalawon Handball Team terpaksa akur sekadar menduduki tempat keempat.
PASUKAN Kalawon Handball Team terpaksa akur sekadar menduduki tempat keempat.
 ??  ?? PEMAIN lincah PBB Sandakan (No.7) berusaha menjaringk­an gol ketika menentang PTHS.
PEMAIN lincah PBB Sandakan (No.7) berusaha menjaringk­an gol ketika menentang PTHS.
 ??  ?? NABALU Women Handball Club menduduki tempat ketiga menerima hadiah disampaika­n Awang Damit (lima kiri).
NABALU Women Handball Club menduduki tempat ketiga menerima hadiah disampaika­n Awang Damit (lima kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia