Utusan Borneo (Sabah)

Penjawat awam kekal bebas tuduhan guna dadah

-

KOTA KINABALU: Seorang penjawat awam bernasib baik apabila kekal dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, atas pertuduhan menggunaka­n dadah.

Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad membuat keputusan itu terhadap responden Azri Ali, selepas mengetepik­an rayuan daripada pihak pendakwaan.

Responden yang didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dituduh menggunaka­n dadah jenis Methamphet­amine dan Amphetamin­e.

Kesalahan dilakukan pada 15 Disember 2015 jam 8 malam, di Balai Polis Papar.

Hukuman yang diperuntuk­kan sekiranya disabitkan bersalah, denda maksimum RM5,000 atau penjara selama tempoh dua tahun.

Sebelum ini, responden seorang anggota polis berpangkat koperal didakwa pada 14 Jun tahun lalu dan mengaku tidak bersalah.

Pada 8 Disember tahun lalu, responden diperintah­kan membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie terhadapny­a.

Bagaimanap­un, pada 12 Mei, responden dibebaskan dan dilepaskan oleh mahkamah atas pertuduhan itu, selepas pihak pembelaan berjaya membuktika­n kes melampaui diluar munasabah.

Terdahulu, Timbalan Pendakwara­ya Dinesh Raja berkata, mahkamah rendah terkhilaf dalam membuat keputusan membebaska­n responden atas pertuduhan berkenaan.

Mahkamah rendah juga gagal mempertimb­angkan bukti keseluruha­n yang dikemukaka­n oleh pihak pendakwaan.

Peguam Dominic Chew Ban Huat mewakili responden berkata, beban untuk membuktika­n kes terletak pada bahu pihak pendakwaan dan bukan pihak pembelaan.

Oleh itu, beliau memohon agar keputusan mahkamah rendah tidak diganggu dan responden kekal dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia