Utusan Borneo (Sabah)

Afgan, Ungu bergabung untuk konsert terunggul di M’sia

-

B UAT julung kalinya, Popcorn Studio akan membawakan bukan satu tapi dua gandingan sensasi terkemuka dari Indonesia untuk satu persembaha­n khas di Malaysia! Konsert Terunggul Afgan & Ungu, pastinya menggegark­an dan ditunggu-tunggu peminat muzik tempatan.

Konsert yang akan diadakan pada 6 Oktober 2017 (Jumaat), jam 8.30 malam bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam bakal menampilka­n Afgan sebagai bintang utama dan kumpulan Ungu sebagai pembuka tirai.

Afgan Syahreza atau lebih dikenali sebagai Afgan akan membuai perasaan peminat melalui seleksi pilihan lagu-lagu hits terbaik beliau. Dengan persembaha­n tersendiri dan gaya memukau, Afgan pastinya menjanjika­n satu kelainan dan momen indah buat peminat.

Konsert bertemakan rock dan jazz balada dijangka berlangsun­g selama dua jam itu akan menyenarai­kan lagu-lagu terkenal Afgan termasuk ‘Terima Kasih Cinta’, ‘Padamu Ku Bersujud’, ‘Jodoh Pasti Bertemu’, ‘Katakan Tidak’, ‘Untukmu Aku Bertahan’ dan lain-lain termasuk ‘Pesan Cinta’ dan juga ‘Bukan Cinta Biasa’ yang melodinya digubah semula.

Manakala Ungu yang baru sahaja menyambut ulangtahun penubuhan ke-20, merupakan antara kumpulan pop/rock dari Indonesia yang masih bertahan sehingga kini.

Persembaha­n Ungu di konsert ini amat istimewa dan merupakan hadiah buat peminat yang sentiasa menyokong kumpulan ini lebih dua dekad. Persembaha­n kumpulan

Ungu pastinya akan mencipta mood ‘cinta’ pada pembukaan tirai konsert dengan alunan lagu-lagu rock balada popular mereka seperti ‘Tercipta Untukku’, ‘Demi Waktu’, ‘Kekasih Gelapku’, ‘Cinta Dalam Hati’ dan ‘Aku Tahu’.

Konsert ini adalah konsert pertama di mana kelima-lima ahli Ungu akan kembali beraksi selepas kali terakhir mengadakan persembaha­n bersama vokalis mereka, Pasha yang kini bergelar Datuk Bandar Palu pada Februari lalu.

Tiket konsert dijual pada harga RM130 (Bronze), RM150 (Silver), RM200 (Gold), RM200 (Rock Zone), RM250 (VIP) dan RM350 (Platinum) boleh didapati melalui www. ticketpro.com.my.

Konsert Terunggul Afgan & Ungu dilihat sebagai satu gabungan kemuncak muzik Indonesia dan permulaan bagi Popcorn StudioSdn Bhd yang mula beroperasi pada tahun 2009 meneroka dan meluaskan empayar dalam penganjura­n konsert bertaraf antarabang­sa.

Popcorn Studio berpengala­man dalam menganjurk­an beberapa persembaha­n seperti Konsert Raya @Oasis yang menampilka­n artis lokal seperti Anuar Zain, Ella dan Man Kidal serta Laugh Die You – sebuah ‘stand up’ komedi menampilka­n artis komedi ternama tanah air dan luar negara dalam satu pentas.

Antara artis yang pernah membuat persembaha­n di Laugh Die You ialah Gurmit Singh, Kumar, Douglas Lim dan lain-lain mendapat sambutan luar biasa penggemar ‘stand up’ komedi di Malaysia dan juga Singapura.

Penganjura­n konsert ini diharap dapat membawa peminat muzik tanah air menikmati alunan muzik dari sisi yang berbeza dan meluaskan jalinan kerjasama industri muzik serantau selain meninggalk­an momen indah buat peminat yang bakal hadir ke konsert ini.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BERGABUNG: Afgan (kiri), Enda (dua kanan) dan Makki (kanan) bergambar bersama pada sidang akhbar mengenai konsert terunggul mereka di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
BERGABUNG: Afgan (kiri), Enda (dua kanan) dan Makki (kanan) bergambar bersama pada sidang akhbar mengenai konsert terunggul mereka di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia