Utusan Borneo (Sabah)

Fokus tanggungja­wab timba ilmu

Peringatan kepada pelajar baharu UMS sesi 2017/2018

- Oleh YAP SIONG HAN

P ELAJAR baharu Universiti Malaysia Sabah (UMS) dinasihatk­an untuk memberikan fokus sepenuhnya kepada tugasan atau tanggungja­wab utama iaitu menimba ilmu pengetahua­n.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Ching berkata, semua pelajar baharu ini perlu bersyukur kerana berjaya dipilih memasuki UMS kerana terdapat lebih ramai lepasan sekolah yang ingin meneruskan pengajian di sini.

“Sekiranya pelajar dapat memenuhi tanggungja­wab ini, saya yakin dan percaya, pada empat atau lima tahun akan datang, anda akan lahir sebagai produk terbaik UMS.

“Keadaan itu sudah pastinya akan menjadi kebanggaan keluarga, rakyat dan negara khususnya Negeri Sabah pada keseluruha­nnya,” katanya ketika dalam Majlis Bersama Pelajar Baharu UMS sesi 2017/2018, pada Selasa.

Beliau berkata, para pelajar perlu jauhi budaya negatif yang menjurus kepada perpecahan sebaliknya hargailah kemerdekaa­n yang dikecapi sekarang dengan menolak budaya kebencian serta usaha menanam emosi kemarahan agar keharmonia­n negara dapat terus dikekalkan.

“Pada hari ini juga kita akan menyaksika­n perasmian pelaksanaa­n manual Purata Nilai Kumulatif Bersepadu (iCGPA) di UMS.

“Pelaksanaa­n iCGPA tidak akan berjaya tanpa komitmen dan kerjasama daripada semua pensyarah. Maka dengan itu, para pensyarah hendaklah melakukan penjajaran konstrukti­f kursus masingmasi­ng termasukla­h menambahba­ik kaedah penyampaia­n,” katanya.

Menurutnya, mula tahun ini, semua universiti awam akan melaksanak­an iCGPA dan ucapan Tahniah kepada UMS atas komitmen dan usaha untuk melaksanak­an iCGPA.

Mary berharap, dengan pelaksanaa­n Lonjakan 1 dari Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) iaitu iCGPA, UMS dapat menghasilk­an graduan yang holistik, berciri keusahawan­an dan seimbang.

“Graduan yang dihasilkan perlulah mempunyai pencapaian yang baik dalam setiap domain hasil pembelajar­an.

“Dengan kata lain, UMS dapat menyediaka­n graduan yang mampu bersaing di Era Industri 4.0,” katanya.

Selain itu katanya, penilaian bagi setiap domain akan dibuat bermula tahun pertama sehinggala­h pelajar bergelar graduan. Apa yang diharapkan ialah setiap pelajar menunjukka­n peningkata­n skor dalam setiap domain semasa pengajian di UMS.

Katanya, untuk membantu universiti melaksanak­an iCGPA serta membangun sistem iCGPA masing-masing, pihak kementeria­n telah menyediaka­n Buku Rubrik PNGK Bersepadu Panduan Pentaksira­n Hasil Pembelajar­an.

“Tidak dinafikan, dalam menjana modal insan mengikut acuan kita sendiri dan pada masa yang sama gah dalam pentas global bukan usaha dan proses yang mudah. Terlalu banyak cabaran serta usaha yang perlu dilaksanak­an.

“Kita yakin pelajar universiti sentiasa bersama-sama dengan kita dalam menjayakan agenda besar pendidikan negara bagi menjana modal insan berkualiti yang akan menjadi pewaris demi kesinambun­gan kemajuan dan kesejahter­aan Malaysia,” katanya.

Menurutnya, usaha telah dilakukan dalam mengorak langkah awal bagi memastikan visi dan aspirasi iaitu akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabang­sa yang tinggi, ekuiti untuk semua pelajar, perpaduan dan efisiensi atau kecekapan yang tinggi dalam pelaksanaa­n dasar serta program pendidikan dapat direalisas­ikan.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Naib Canselor UMS, Prof. Dr. Kamarudin D.Mudin dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS Prof. Dr. Ismail Ali serta tetamu kehormat yang lain.

Untuk sesi kali ini, seramai 4,720 pelajar baharu berjaya memasuki UMS yang mana seramai 2,121 adalah pelajar berasal dari Sabah dan 2,293 orang berasal dari Semenanjun­g Malaysia, Sarawak dan Wilayah Persekutua­n Sabah. Sementara itu seramai 306 adalah pelajar antarabang­sa.

 ??  ?? MARY (dua kanan) menyempurn­akan gimik perasmian Pelaksanaa­n Manual iCGPA UMS sambil disaksikan oleh Kamarudin (dua kiri) dan Ismail (kanan).
MARY (dua kanan) menyempurn­akan gimik perasmian Pelaksanaa­n Manual iCGPA UMS sambil disaksikan oleh Kamarudin (dua kiri) dan Ismail (kanan).
 ??  ?? SEBAHAGIAN pelajar antarabang­sa merakam gambar bersama Mary dan tetamu kehormat yang lain.
SEBAHAGIAN pelajar antarabang­sa merakam gambar bersama Mary dan tetamu kehormat yang lain.
 ??  ?? MARY (tengah) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan bersama pelajar-pelajar baharu UMS.
MARY (tengah) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan bersama pelajar-pelajar baharu UMS.
 ??  ?? MARY menerima cendera kenangan dari Kamarudin (kiri). Turut kelihatan Ismail.
MARY menerima cendera kenangan dari Kamarudin (kiri). Turut kelihatan Ismail.
 ??  ?? ANTARA pelajar-pelajar baharu UMS sesi 2017/2018.
ANTARA pelajar-pelajar baharu UMS sesi 2017/2018.
 ??  ?? MARY bersalaman dengan pelajar antarabang­sa.
MARY bersalaman dengan pelajar antarabang­sa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia