Utusan Borneo (Sabah)

Jeti Bambangan tawar kemudahan rekreasi

-

SANDAKAN: Kampung Bambangan di sini menawarkan pusat rekreasi kepada orang ramai yang ingin beristireh­at, terutama pada hujung minggu dan cuti umum.

Ia kerana pihak pimpinan akar-umbi kampung berkenaan, kira-kira 16km dari Bandar Sandakan, telah membuka destinasi peranginan ala kampung yang dikenali sebagai Jeti Rekreasi Bambangan sejak lebih setahun lalu.

Pengusahan­ya yang juga KetuaKampu­ngBambanga­n, Awang Amat, berkata kewujudan jeti berkenaan bukan saja menggamit kehadiran penduduk kampungber­hampiran,tetapi mula dihadiri masyarakat sekitar Sandakan, Beluran dan Kinabatang­an.

“Walaupun pusat rekreasi ini belum dilengkapi kemudahan prasarana, tetapi ia terus menarik kehadiran ramai penduduk ketiga-tiga daerah ini yang melebihi 1,000 orang setiap hari pada hujung minggu.

“Alhamdulil­lah, pusat peranginan ini yang mengenakan bayaran masuk RM2 seorang menjadi tumpuan ramai, termasuk dari kalangan kaki pancing pada siang dan malam, tidak kurang dari kalangan kanak-kanak dan belia yang ingin bermandi-manda serta merasai pengalaman di kampung ini,” katanya.

Selain kemudahan peralatan renang untuk kanak-kanak, jeti itu turut menyediaka­n kemudahan berkaraoke kepada sesiap yang berminat mangasah bakat.

Katanya, kanak-kanak yang mandi di kawasan rekreasi itu sentiasa dikawal oleh beberapa petugas penyelamat yang ditempatka­n di pusat itu sepanjang ia beroperasi.

Sementara itu, Awang Amat meminta pihak tertentu supaya membantuny­a mewujudkan beberapa kemudahan asas yang diperlukan di pusat itu.

“Kami meminta sama ada pihak kementeria­n pelanconga­n negeri atau persekutua­n, diikuti pemimpin akar umbi di kawasan ini membantu mewujudkan beberapa kemudahan penting seperti tandas awam dan bangunan jeti tambahan di sekitar pusat itu. Ia demi keselesaan dan keselamata­n pengunjung yang datang bertali arus.

“Demi membantu merancakka­n bidang pelanconga­n di sini, wakilwakil rakyat dan pihak kerajaan diharap dapat turun padang serta mengambil inisiatif membantu membangunk­an kawasan ini demi kebaikan rakyat,” katanya.

Malangnya, kata Awang Amat, cadangan yang pernah disuarakan­nya itu telah disambut dengan nada sinis oleh beberapa individu yang kurang memberikan galakan kepada industri pelanconga­n kampung itu yang terbukti mampu memberikan peluang pekerjaan dan menjana ekonomi rakyat setempat.

“Individu tertentu itu tidak perlu mengeluark­an peruntukan sendiri, tetapi wajarlah memberikan sokongan agar disampaika­n kepada pihak berwajib, khususnya kementeria­n pelanconga­n negeri atau persekutua­n demi memartabat­kan destinasi pelanconga­n yang begitu murah untuk rakyat tempatan ini,” katanya.

 ??  ?? JETI Rekreasi Bambangan perlukan perhatian.
JETI Rekreasi Bambangan perlukan perhatian.
 ??  ?? AWANG Amat bersama sebahagian pembantuny­a.
AWANG Amat bersama sebahagian pembantuny­a.
 ??  ?? AWANG Amat di depan salah satu jeti pelanconga­n yang diusahakan­nya.
AWANG Amat di depan salah satu jeti pelanconga­n yang diusahakan­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia