Utusan Borneo (Sabah)

Belia diminta kongsi idea, cadangan capai TN50

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Belia diminta untuk berkongsi idea dan cadangan tentang apa yang mereka mahu lihat dalam pencapaian negara pada masa depan menerusi pelaksanaa­n Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

Duta Belia TN50 Benreza Hezery Uzair berkata, belia negara ini perlu secara aktif memainkan peranan untuk membentuk masa depan negara yang ingin mereka warisi.

“Apabila Wawasan 2020 dilaksanak­an, semua agenda datang dari pentadbira­n teratas, tetapi kini berbeza.

“TN50 bukan mengenai polisi yang dilaksanak­an untuk anda tetapi sebagai belia, anda mempunyai peranan yang besar untuk menyumbang ke arah pencapaian itu,” katanya pada Ceramah TN50 Sempena Minggu Suai Mesra Universiti Malaysia Sabah (UMS) sesi 2017/2018, di sini malam Selasa.

Beliau berkata, kini adalah masanya, TN50 sebagai satu platform terbaik kepada belia dalam negara ini dan diharapkan mereka mengambil kesempatan itu.

Katanya, belia negara juga perlu bersedia berhadapan cabaran dan kesan yang bakal datang dengan inspirasi yang diingini.

“TN50 adalah sesuatu yang baharu, sesetengah aspirasi yang ingin kita capai mungkin dilihat sebagai tidak realistik kepada golongan tertentu yang mana ia akan mewujudkan keraguan.

“Ramai dalam kalangan rakyat meragui mengenai masa depan negara kini, saya berpendapa­t mungkin ia disebabkan pelbagai isu yang wujud sekarang khususnya berkaitan dengan kebajikan dan pekerjaan kita.

“Isu seumpama ini adalah perkara yang memberikan kesan kepada belia pada masa kini,” katanya.

Beliau juga menyeru kepada generasi muda untuk mengetahui isu-isu semasa dengan lebih mendalam agar masing-masing memahami apa yang sebenar berlaku dan tidak sewenang-wenangnya menerima laporan yang tanpa kesahihan.

 ??  ??
 ??  ?? BENREZA ketika menyampaik­an Ceramah TN50.
BENREZA ketika menyampaik­an Ceramah TN50.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia