Utusan Borneo (Sabah)

BEFF 2017: 18 filem tempatan & antarabang­sa ditayangka­n secara percuma

Akan ditayangka­n secara percuma sempena BEFF 2017

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

MENDIDIK masyarakat tentang alam sekitar melalui tayangan filem bukan sesuatu yang mudah namun, itulah usaha berterusan yang dilakukan oleh Jawatankua­sa Penganjur Festival Filem Eko Borneo (BEFF) sejak tujuh tahun lalu.

Pengarah Program BEFF Melissa Leong berkata sesuai dengan objektif BEFF untuk mendidik masyarakat tentang isu alam sekitar yang berlaku di sekeliling mereka.

Atas sebab itu, julungjulu­ng kalinya sempena festival pada tahun ini, Jawatankua­sa Penganjur BEFF melaksanak­an Program Kemampanan Pemimpin Muda (YL4S) bagi belia berusia 18 hingga 30 tahun untuk menyertai bengkel yang diadakan pada setiap bulan untuk membincang­kan isu-isu alam sekitar dan sosial.

Peserta akan berkongsi pengalaman dengan pemimpin yang mempunyai pengetahua­n tentang isu alam sekitar dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemimpin Orang Asal, saintis, pakar hidupan liar serta usahawan sosial.

Langkah sebegini dilihat mampu melahirkan generasi pemimpin yang mampu menyelesai­kan permasalah­an dengan mampan.

Menurutnya, BEFF juga satu-satunya festival filem yang menyediaka­n platform untuk Orang Asal dan masyarakat tempatan menghasilk­an filem tentang masyarakat mereka melalui Program Pembikinan Filem Suara Komuniti.

Menerusi Program Suara Komuniti itu, Orang Asal dan masyarakat tempatan akan mengikuti bengkel intensif yang dikendalik­an penggiat industri kreatif yang profesiona­l dari Malaysia dan Indonesia.

“Penduduk kampung yang menyertai program ini juga belajar tentang bagaimana tayangan video memainkan peranan besar untuk menceritak­an kepada masyarakat luar tentang kaum mereka dan persekitar­an kehidupan mereka yang berkait langsung dengan alam sekitar.

“Sebanyak tujuh hingga 10 filem pendek yang dihasilkan oleh Orang Asal dan penduduk kampung di negeri ini akan ditayangka­n pada hari terakhir festival (24 September),” katanya pada sidang media Festival Filem Eko Borneo (BEFF) 2017, di sini pada Rabu.

Sejak Suara Komuniti dilaksanak­an, BEFF sudah menjelajah­i dan melibatkan penyertaan masyarakat dari 40 kampung di seluruh Sabah.

Mengenai filem yang akan ditayangka­n sepanjang tiga hari BEFF berlangsun­g (22-24 September), Melissa berkata sebanyak 18 filem tempatan dan antarabang­sa. Manakala, tujuh filem lagi akan menjadi tayangan sampingan untuk ditayangka­n di beberapa lokasi di seluruh Sabah sepanjang tahun ini.

Beliau berkata festival kali ini memaparkan lebih banyak filem berbanding tahun lalu kerana festival pada tahun lalu hanya berlangsun­g selama dua hari sahaja.

Filem yang menjadi fokus pada tahun ini adalah Mount Kinabalu-North Borneo 1961 (Malaysia, United Kingdom) yang ditayangka­n julung-julung kali di dunia, Fractured Land (Kanada) yang ditayangka­n di Asia buat pertama kali, Bugs on the Menu (Kanada), RiverBlue (Kanada) dan Kedi (Turki).

Antara filem lain yang turut ditayangka­n adalah Operation Sumatran Rhino (Malaysia); Jago: A Life Underwater (United Kingdom/Indonesia); Change (Singapura); Sticks and Stones (Kanada); 1Minute Nature (Belanda); 56 (Sepanyol, Norway, Madagascar); The Master Weaver (Sarawak, Malaysia); La Laguna (Mexico, Amerika Syarikat); dan Lovely Bones (Myanmar).

Penggiat seni animasi pula boleh berkongsi cerita mereka menerusi Program ‘Boleh Bah Filem Kita’. Karya filem animasi yang menang akan menerima hadiah RM2,000.

Selain tayangan filem, festival ini juga akan menganjurk­an ceramah pendidikan, perbincang­an bersama ahli panel jemputan, bengkel dan karnival seni eko, bengkel pembuatan wax-straw.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara yang berlangsun­g sepanjang BEFF 2017, orang ramai boleh layari laman web www.beff. org.my atau layari laman Facebook BEFF.

Segala aktiviti sepanjang BEFF berlangsun­g akan diadakan di Aras 5 dan 6 Kompleks Suria Sabah.

 ??  ??
 ??  ?? (Atas) MELISSA (lima kiri) bersama ahli Lembaga BEFF Dinoroza Mahruf (tiga kiri) dan Elaine Kong (tiga kanan) mempromosi­kan BEFF 2017 bersama penaja yang hadir semasa Sidang Media itu.
(Atas) MELISSA (lima kiri) bersama ahli Lembaga BEFF Dinoroza Mahruf (tiga kiri) dan Elaine Kong (tiga kanan) mempromosi­kan BEFF 2017 bersama penaja yang hadir semasa Sidang Media itu.
 ??  ?? DOKUMENTAR­I RiverBlue yang berkisarka­n bagaimana industri fesyen menyumbang kepada pencemaran alam.
DOKUMENTAR­I RiverBlue yang berkisarka­n bagaimana industri fesyen menyumbang kepada pencemaran alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia